Wednesday, July 23, 2008

Abim sokong muzakarah- Malaysiakini-Ulasan Saya

Salam,

Terlebih dahulu ingin saya tegaskan bahawa saya menukilkan yang berikut bukan dari segi ketaksuban (partisanship) pada mana-mana pihak yang terlibat kerana saya tidak yakin dengan kaedah demokrasi tetapi hanya sebagai seorang Muslim yang khuatir tentang gelombang fitnah dan perpecahan yang melanda umat Islam/Melayu di bumi Allah ini.

Sorotan dari Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/86574

Abim sokong muzakarah
Jul 22, 08 7:08pm
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sentiasa menyambut baik hasrat mana-mana pihak untuk mengadakan muzakarah dalam erti mewujudkan budaya komunikasi antara pemimpin politik Melayu/Islam bagi membincangkan hal-hal yang disepakati bersama merangkumi kedudukan Islam dan umat Islam di negara ini."Abim sentiasa konsisten dengan pendirian bahawa kemelut yang melanda umat Islam di negara ini boleh ditangani dengan lebih berkesan jika ada saluran perbincangan yang sihat antara pemimpin politik Melayu/Islam dalam menanganinya," kata Presidennya, Yusri Mohamad.Menurutnya, perbezaan ideologi dan persaingan politik tidak seharusnya menghalang pemimpin politik Melayu/Islam daripada memelihara hubungan dan saluran komunikasi sesama mereka dalam hal-hal kepentingan bersama."Hubungan antara mereka tidak sepatutnya terhad kepada kritikan dan serangan dari jauh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau mengulas laporan mengenai muzakarah yang antara pemimpin tertinggi PAS dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan dua lagi pemimpin parti itu dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri, dan menurut Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang, perbincangan itu mendapat restu majlis syura parti itu. 'Duduk bersama'Sehubungan itu, Yusri berkata, ada waktu-waktunya, pemimpin Melayu/Islam patut duduk bersama, bertukar pandangan dan nasihat menasihati dalam suasana yang lebih positif, yang tidak semestinya terdedah kepada pengetahuan umum."Ianya juga tidak semestinya hanya didorong dan terbatas kepada persoalan penyatuan atau penggabungan."Sekiranya usaha mengadakan muzakarah antara pemimpin PAS dan Umno, yang sedang hangat diperbincangkan pada ketika ini diletakkan dalam konteks di atas, Abim berpendapat bahawa ianyaa dalah sesuatu yang membina dan wajar digalakkan."Terserahlah kepada para pimpinan parti-parti terbabit untuk menentukan kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakannya," katanya.Abim juga, kata Yusri, berpandangan bahawa usaha-usaha mewujudkan saluran komunikasi dan perbincangan itu wajar turut melibatkan pemimpin dan tokoh politik Melayu/Islam terpilih yang berada di luar PAS dan Umno."Kita mendoakan dan berharap agar budaya dan senario politik umat Islam di negara kita sentiasa terpelihara dan meningkat ke tahap yang lebih progresif dan positif dari masa ke semasa.



Ulasan:
1. Pendirian blogger ini tentang muzakarah tersebut, jelas tersimpul dalam nukilan semalam (lihat: http://syamil-revert.blogspot.com/2008/07/open-letter-to-pas-and-bn-umno.html)
di mana saya mengutarakan bahawa intipati sebarang muzakarah hendaklah berpaksikan kepada penegakkan undang-undang syariah sekurang-kurangnya ke atas masyarakat Islam.

2. Bahawa keikhlasan sesuatu pihak hanya dapat dinilai melalui niat dan iktikadnya dalam menegakkan (1) dan ini hanya terserlah jika ia bersetuju menegakkan syariah di bawah negeri yang dikuasainya dengan sokongan padu pihak yang lain. Dalam ertikata lain, UMNO bersetuju meluluskan rang undang-undang Hudud dan Qisas di kesemua negeri yang ditadbirnya melalui prosedur perlembagaan 2/3 di mana perlu. (Begitu juga PAS di negeri-negeri dibawah kuasanya terutama Kedah dan Kelantan). Ini akan mencerminkan keikhlasan memartabatkan syariah serta secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Islam/Melayu di negara ini.

3.Bahawa kesungguhan ini dijelmakan diperingkat persekutuan melalui pindaan perlembagaan Persekutuan melalui kaedah :

(a) 2/3 yakni BN + PAS berdiri satu saf dalam usaha ini atau

(b) gabungan UMNO +PAS + PBB : 116 kerusi bagi meluluskan pindaan perlembagaan tesebut menggunapakai takrifan Ibrahim & Joned (1987) yang di perkuat oleh Aziz serta Bari. Jika berlaku "judicial challenge" kepada penafsiran ini maka membawa maslahat tersebut untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan melalui satu sijil kecemasan ( Certificate of Urgency spt yang diperuntukkan dibawah Tatacara Mahkamah (Courts and Judicature Act)).

Saya yakin dengan pendekatan seumpama ini maka impian menegakkan Syariah sebagai undang-undang persekutuan ( "the law of the Federation") akan menjadi kenyataan. Tetapi ini mesti didahului dengan ketetapan politik kedua belah pihak yang bermuzakarah. Jika ketetapan ini tiada, maka apa jua muzakarah yang sedia dan bakal dilaksanakan adalah ibarat ' bersiul di angin senja' kerana tidak berupaya menggerakkan agenda perlaksanaan syariat di bumi Allah ini.

Ada sesetengah blogger yang memihak pada PAS berkata muzakarah tersebut tidak perlu kerana PAS sudah diterima oleh masyarakat kuffar dan UMNO berada dalam keadaan nazak dan mengguna muzakarah sebagai helah.

Ini adalah satu pendustaan kerana jelas

1. yang menentang keras muzakarah sekarang adalah golongan kuffar terutama yang berpendirian liberal sekular. Lihat sahaja reaksi mereka dalam pelbagai blog dan nukilan.

2. data menunjukkan bahawa peratusan undi PAS hanya sebanyak 14.05% (15.2% = 2004)dan PAS meraih kemenangan kebanyakkannya dikawasan majoriti Melayu (kecuali WP). Data juga menunjukkan dari segi jumlah undi, PAS hanya menambah bilangan undi sebanyak 89196 (1,140,676 (2008) - 1,051,480 (2004). Setelah difaktorkan sumbangan undi dari Kedah dan Perak, agak2nya berapa banyaklah undi PAS dari golongan bukan Muslim?

Jadi, PAS tidak seharusnya terpedaya dengan hujah bahawa bukan Islam sudah mendekati PAS malah boleh disifatkan bahawa bukan Islam lebih mendekati PKR dan DAP!. Tambahan pula adakah ahli PAS masih tidak serik dengan golongan yang melaknat Nabi junjungan kita malah Allah SWT sendiri seperti yang agak ketara dalam beberapa blog populis tajaan golongan liberal sekular apatah lagi penentangan terbuka sekalipun terhadap sebarang desas-desus tentang perlaksanaan syariat . Di manakah iman anda?.. tepuk dada tanya diri. Adakah janji kekuasaan duniawi telah mengabui mata hati penyokong PAS pada janji kedamaian ukhrawi. Adakah PAS rela melihat Ummah diporak peranda dengan amalan murtad, zina dan segala bentuk kekejian semata-mata hendak menjaga hati orang lain?.

Berkenaan UMNO pula, adakah PAS menidakkan kemungkinan mereka telah insaf dan bertaubat. Jika PAS sangsi, maka ia boleh menyarankan pelupusan elemen-elemen yang tidak menyenangkan ini melalui satu proses "putsch" atau "purge' yang akan mengembalikan sinar ketakwaan dalam parti berkenaan, jika itu yang dirasakan perlu.

PAS tidak perlu menyerapkan diri kedalam Barisan jika ini tidak disenangi oleh segelintir pemimpin tertinggi PAS tetapi PAS harus bijak mengatur strateji dengan menempatkan dirinya sebagai 'the third force" dan menggunakan pengaruh yang ada sebagai "leverage" untuk merealisasikan impian tertegaknya syariat di bumi Allah yang bernama Malaysia ini. Dan bukankah itu yang menjadi asas perjuangan PAS? Akhirkata, : Allah tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa melainkan mereka berusaha merubahnya sendiri" Jadi : Bersatulah wahai umat Islam/Melayu kerana dunia kian laju meredah zaman menuju ke penghujung usianya

Wassalam.

No comments: