Wednesday, October 08, 2008

Serambi Mekah dalam Kenangan

Bachok : 6 petang
Dentuman ombak membadai persisiran pantai bak alunan lagu alam yang tak henti-henti. Keriuk sayu sang camar membelah keheningan waktu senja di Pantai Irama. Langit kian redup kejinggaan tatkala sang mentari meniti waktu menuju ke penghujung siang.Kolek nelayan terkapai-kapai hanyut mengikut irama ombak. Deruman air pasang menghentikan lamunan, aku merenung sekeliling. Sesekali, kelibat muda mudi yang asyik bercanda disebalik pepohon rendang memaku pandangan. Sambil mengeleng-geleng kepala, aku bergegas kearah mereka spontan menegur perilaku mereka yang sumbang itu. Apakan daya teguranku bak mencurah air ke daun keladi, disambut hilai tawa dan sindiran yang empunya badan. “:Kubok masing-masing, yang ko peduli gapo?” kata-kata pedas berdesing menyapa cuping telingaku yang kian panas. Ku meneguk air liur membasahi tekak, mulut kumat kamit menyusun kata tetapi tiada kalimah yang mampu kulafazkan. Mashaallah, ini rupanya bangkai hidup akhir zaman tanpa segan silu menayangkan nafsu serakahnya untuk tontonan khalayak.

Sang matahari bagaikan malu,menyorokkan diri disebalik awan, sesekali keluar mengintai kebodohan insan. Inilah Kelantan Darul Maksiat, syurga mungkar dan penjara maaruf. Din dan isteri bertukar pandangan sambil memerhatikan gelagat manusia yang di rasuk Iblis.”18 tahun memerintah, inilah Islam yang dicanangkan, lebih sudu dari kuah” sahut Mak Jah lembut.

Ya, Islam di Kelantan pimpinan Nik Aziz semakin lama semakin pudar ditelan arus maksiat .Tanggal 8 Mac, Kelantan kembali menyebelahi PAS, menebas dan mencantas lalang UMNO yang mula subur melata. “Andaikata, UMNO mengadakan pembangunan dalam 21Adun yang dipegangnya dan mengagihkan projek tersebut dengan adil serta tidak berbalah sesama sendiri, nescaya orang Kelantan akan memberi mereka peluang….ini tidak! Asyik berpolitik, rasuah, pilih kasih dan tidak mahu berganjak dari kepompong dulu”, kata-kata Lan yang kukunjungi di kampong Salor terngiang-ngiang dibenak. Ya, memang betul kemungkinan itu wujud walaupun tipis tetapi seperti biasa, UMNO mempamerkan wajah rakusnya dipersada awam dan peluang itu lenyap ditiup angin. Bila terhantuk baru terngadah, begitulah persis usaha UMNO mencarik kembali sinar yang hilang. Runtunan nafsu menghimpit cahaya keimanan yang kian menyuram diri.

Kini, PAS bermegah yang Islamnya diterima semua tak kira yang tua maupun muda, yang gendut maupun yang lidi, yang tampan maupun yang hodoh, yang gebu maupun yang kedut……Hakikatnya, PAS menipu empunya diri. Warga Kelantan bukan lagi terhegeh-hegeh sangat hendak menikmati berkat Tok Guru cuma tiada pilihan yang boleh dipercayai. Maka Nik Aziz mendabik dada mengatakan orang Kelantan bijak berpolitik, tidak mudah diperdaya pujuk rayu, disogok taburan harta yang melimpah ruah . Oghe Kelante nak pembangune tetapi ikut Isle” Seperti ungkap Amin di Pasir Tumboh.. “iktikad kawe kuat”. Namun, di sebalik ilusi tersirna kenyataan. “Nik Aziz patut berundur. Beliau sudah uzur dan kehilangan taring. Kekadang apa yang diperkatakan sudah tidak boleh diterima oleh akal yang waras” tersentak ku dari lamunan diri mendengar keluhan Zainal di warung kopi berhampiran Tawang. Zainal, pendokong kuat PAS berpaling tadah? Tak mungkin bisik hati kecilku. Bagaikan menyelak tanggapanku, Zainal menyingsing lengan baju kembali bermadah.._aku bukan nak kutuk PAS atau sokong UMNO tapi aku dah bosan. Pemilu akan datang aku takkan keluar undi.. tak guna undi, asyik kena tipu aje..undi mainan syaitan mengahambat kita dari bertindak….dia meneguk kopi dari camca kuning. “bukan aku seorang aje yang dah bosan..kekawan aku kat sini pun ramai dah bosan, itu tak kira lagi kat Bachok tu… Din bertukar senyuman dengan aku… baguih jugak mereka berpendirian gitu.. katanya sambil memacu kenderaan kearah Bachok.. kalau 50-60 orang kat ceruk tu dah nekad gitu, bayangkan kalau angka yang sama diulang ditempat lain mesti melenting setan demokrasi. Aku mengangguk.. “alhamdullillah, kesedaran dah sampai kut, Tipu helah mainan politik bobrok melaga2kan sesama Ummah pasti akan lenyap ditelan waktu..inshaallah….. Bukankah nabi berpesan, jangan minta jadi pemimpin…

Diufuk langit sang mentari menenggelamkan diri, tinta jingga mencarik langit biru memantul cahaya mentari kurniaan Ikahi.

Kota Baru; 7.20 malam

Laungan azan berkumandang mengisi udara segar senja. Angin berbubut sepoi bahasa melingkari pasar Siti Khadijah yang tersergam suram di tengah kota. Kucing kurap berkeliaran merata, menggelidah tong mencari rezeki. Sampah sarap berpusaran ditiup bayu,puntung rokok bertaburan sana sini. Diatas ketayap, sang layang dan sang pipit bertenggek menabur tahi sambil berkicau merdu….

Nun dibawah papan tanda yang terpampang kalimah ‘Jaga Kebersihan Bandar Kita’ yang usang menanti roboh, berdiri seorang kanak-kanak kecil melepaskan air kencing. Dibawah sirna malap lampu jalan, wajah duka berkedut seribu di selubung tudung labuh nan lusuh dok memerhatikan gelagat sikecil. Usai membuang air, kanak-kanak tadi menerpa kearahku menadah tangan mengharap pitis. Wajahnya comel tapi sayu, lidahnya kelu membisu seribu. Aku meramas dompet dan dalam kelam menghulur kertas bertinta warna, alhamdullilah kepada Nya kerana di beri peluang dan rezeki….ku usap wajah yang lembut sambil berpaling sejenak kepada perempuan tadi..”Ayahnya dah meninggal, aksiden motor.. berkumat kamit mulut yang rongak seribu. Ibunya di KL.. tak dapat pulang, majikan tak bagi gaji lagi, tambang bas tak cukup. Dok tengah usaha nak kelik jugak”.. atok jaga dia seorang….air mata berlinangan membasahi pipi yang dimamah usia dipahat kesedihan Din menyeluk karong yang terikat kemas pada pinggang..Beberapa nota bertenda biru disorongkan kedalam tangan yang menggigil enggan. Allah ajelah balas cucu.. selipar lusuh menapak pergi, kelibat anak dalam dokongan ditelan keheningan malam. Bayu sejuk berbubut laju…..

Melewati Masjid Muhammadi, ku lihat makmun duduk bersila menghisap rokok, kereta mewah berparkir merata. Di luar, deretan pengemis dan anak-anak bersila mendamba ihsan memegang perut menongkah dagu. Dalam kelam, wajah suram mengelak pandang tuduk malu “Apa dah jadi kat sini, Din?, 51 tahun takhta bersilih ganti antara dua gajah yang mengamuk sakan. Tidak mahu mengalah maupun berhenti… musyawarah pun susah ukhwah lagilah payah. Perpaduan Islam terbang melayang pergi bagai gadis sunti malu kepalang. Din mendongak kepala kelangit mebetulkan sarban “ mereka ini ditipu hidup, undi ditagih waktu perlu kemudian ditinggalkan terkontang kanting…Ini nasib orang Melayu, khazanah bumi mereka dilahap kuffar. Sesekali secebis daging, segenggam beras, sehelai pelikat, seekor lembu ditabur melata. Umara mereka bergelumang dosa berebut kuasa merangkul harta sehati sejiwa. Baik PAS atau UMNO atau mana mana partai tidak akan dapat menolong mereka kerana demokrasi itu mainan duniawi rekaan kuffar merantai jihad dan menyubur mungkar. Ulamak mereka pula lagi dashyat tanpa segan silu hepada yang Esa mengiakan perbuatan umara.. menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal, menabur fitnah, mengapikan permusuhan dan sanggup bersekongkol dengan kuffar untuk mendapat laba dunia..Matlamat menghalalkan cara, itu pegangan hidup. Runtunan nafsu mengikat mereka, cakap agama, keadilan,menentang rasuahlah berdegar-degar disebalik jubah mahal atau seluar Gucci, Boss atau Vuitton ke apa jua bergelumang tahi. Kesudahannya anak buah kantoi macam pengemis2 tu, macam makcik dan budak tadi, macam jantan/tina kat Pantai Irama. Persetankan orang politik itu semua..kita bantu yang mana mampu dan tarbiyah mereka balik ke Islam syumul..Jom aku nak tengok Islam apa mende lagi ada kat sini.

Lagu berloghat Thai dan Kelante mengisi ruang udara. Berpusu-pusu manusia ibarat semut ditadah gula mengerumuni pasar malam berhampiran Pantai Timur yang penuh manusia. Din dan aku mengorak langkah turut sama mencari ketayap unyuk Hari lebaran. Menghampiri lampu kalimantang bagaikan kelkatu mengappai cahaya, langkah kami dihalang sang betina muda bertudung merah jingga,..mata berconteng arang dan berbibir merah bata. Pakaian t-sendat dipadankan jin biru lusuh. Dia menjeling kearah muka tampan yang dibasahi cahaya mentol, “berapa riyal?” suara manja gemersik buluh perindu menghiris kesunyian gerai sambil tangan putih gebu mennolak kain tudung ketepi bahu dan teteknya di sorong kedepan. “Mmm 3 riyal tetapi untuk cik mek molek, 2 riyal boleh”,..hilai tawa menyambut tawaran..”Mek jale seogheke..nak kecik sikit”....”lama-lama pun bole suara jalang mencelah….Hiruk piruk suasana amat menbingitkan, pasangan jantan betina tidak segan silu berpegang tangan bercanda tanpa batas susila berpeleseran merata.

Puki mak demo! suara biadap mencelah celoteh. Din dan aku berpusing..kelibat anak muda kelihatan disebalik kepulan asap rokok. “Kita keluar dari tempat sial ini”.. Din mempelawa spontan aku menyampuk setuju. Ini rupanya hasil tarbiyah 18 tahun Din memulakan bicara. “Tentunya bukan Islam had-hari tetapi Islam versi Cik Siti Wan Kembang”. “Memanda Menteri Besar pasti terperanjat.”.saya meyusun kata. Yalah tu….mana ada masa kan sibuk merestu Mamat jin tending sekalipun sain seperjuangan dibuang jauh. Inikan zaman Erdogan dan orang bangang..mesti sokong apa tidaknya nanti dituduh fraksi pulak. Yang UMNO pulak terkapai-kapai ibarat dipimpin the Sleepwalker.. aku ketawa terbahak-bahak dan menyandarkan badan ke tempat duduk… Dalam keadaan kepala berpinat-pinar seru Din .. Bukankah nabi berpesan, jangan minta jadi pemimpin terngiang-ngiang di benak hati” kereta buruk meluncur laju melewati jejambat menuju Pasir Puteh!

No comments: