Wednesday, July 23, 2008

PAS 'tidak minat tawaran' UMNO-Malaysiakini

PAS 'tidak minat tawaran' Umno
Jimadie Shah Othman Jul 23, 08 1:47pm
kemaskini 2:28pm PAS "tidak berminat menerima tawaran" Umno sewaktu rundingan wakil parti itu dengan perdana menteri dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Mac lalu. "Kita ada prinsip, kita ada harga diri. Tawaran apa pun, kita tidak berminat berbincang. Kita ada mandat daripada rakyat," kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub di sidang media mengumumkan sikap rasmi dewan itu, hari ini. Mengulas tindakan PAS terus mengadakan perbincangan tertutup dengan Umno selepas mengetahui wujudnya tawaran itu, beliau berkata: "Apabila dipelawa, kita datang."Sebelum itu Salahuddin berkata Pemuda PAS tidak pernah menutup sebarang pintu perbincangan dengan mana-mana pihak yang melibatkan masalah negara dan antarabangsa.Namun, perbincangan itu bukan melibatkan "perkongsian kuasa" seperti rundingan awal Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mohamad Khir dengan timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa beberapa hari selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac diketahui.Dalam blognya, Dr Mohamad Khir telah mencadangkan agar PAS diberi jawatan menteri besar Selangor dan timbalan menteri besar serta empat exco.Salahuddin berkata bagaimanapun Pemuda PAS menolak pakatan atau kerjasama politik antara PAS dan Umno. "PAS mesti terus dalam Pakatan Rakyat. Pakatan adalah keutamaan, Pakatan sebagai wadah alternatif kepada BN. Fitnah, hasutan untuk memecahkan Pakatan Rakyat akan ditentang keras Pemuda PAS," katanya.Mengulas penolakan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap usaha muzakarah, Salahuddin berkata "itu pendirian beliau" dan penolakan menteri besar itu dalam konteks perkongsian kuasa.[Berita penuh menyusul]

No comments: