Keputusan Majlis Syura PAS adalah sesuatu yang mengecewakan dan menunjukkan kedangkalan PAS berpolitik apatah lagi dalam senario politik semasa. Bukankah PAS suatu ketika dahulu mewar2kan akan menegakkan Hukum Hudud di negeri yang diperintahnya. Nah, apabila peluang terserlah didepan mata PAS menolaknya secara angkuh dengan menegaskan iltizamnya untuk bersama PR dan secara tidak langsung bersekongkol dengan golongan liberal -sekularis dan sosialis.
Blogger ini tidak pernah menyarankan bahawa PAS bercantum kembali dengan UMNO dalam BN ala2 tahun 70an dahulu. Blogger ini cuma menyarankan penubuhan pakatan yang berbentuk fleksibel ( a loose coalition) bagi tujuan mengorak langkah kearah perlaksanaan undang2 Syariah dan sistem pemerintahan Islam samada secara menyeluruh atau sekurang2nya keatas orang Melayu/Islam (lihat: http://syamil-revert.blogspot.com/2008/07/politik-islammelayu-di-persimpangan.html and http://syamil-revert.blogspot.com/2008/07/open-letter-to-pas-and-bn-umno.html). InshaAllah, pendekatan berhikmah ini akan mampu menyerlahkan halatuju dan maksud sebenar ajakan UMNO bermuzakarah. Pendek kata kalau UMNo bersetuju dengan salah satu dari dua kaedah yang disarankan maka jelas mereka ikhlas dan wajib keatas PAS menyokong usaha kearah memartabatkan hukum Allah di bumi ini. Jika tidak, PAS berhak agar tidak berwala pada UMNO serta berusaha mengukuhkan kedudukannya sebagai alternatif ketiga dalam politik tanahair. Itu sahaja, bukan susah untuk di fahami. Namun apa pun, keputusan PAS itu adalah hak mereka cuma alasan yang diguna pakai tidak logik kerana:
a) adakah individu dan paradigma politik yang mewarnai peristiwa tahun2 70an sama seperti sekarang. bukankah pemimpin PAs ketika itu yakni Allahyarham Datuk Asri (1)berbeza dalam kaedah berpolitik dan bersiasah syariah. Malah, dapat dikatakan mereka berdua jauh lebih moderat dari saf kepimpinan sekarang. Jadi wajarkah suasana sekarang dibandingkan dengan suasana ketika itu.
b) apakah PAs sendiri tidak sedar dengan kemelut yang melanda parti tersebut pada awal tahun 90an apabila bersekongkol dengan serpihan UMNO : Semangat 46 dan PBS serta DAP. Bukankah senario waktu itu agak mirip dengan situasi ketika ini. Dimanakah kebijaksanaan PAS ketika itu yakni " tidak akan dipatuk oleh ular yang sama......?. Bukankah kesudahannya sesuatu yang menghampakan. Bagaimana pula dengan 1999? Bersekongkol kembali dengan buangan UMNO dan kesudahannya macam mana? PAS tidak perlu melatah apabila orang lain mengatakan bahawa ia tidak bijak berpolitik kerana ia adalah hakikat yang tersirna jelas dalam lembaran sejarah PAS.
Pendek kata, PAS tidak strategik dalam menggembeling kuasa yang dikurniakan Ilahi untuk melaksanakan syariatnya. Maka tidak hairanlah kalau kuasa itu dicabut kembali oleh empunyanya dan Ummah dibiarkan terkontang kanting tiada berpedoman. Justeru, penulis ini :(lihat:http://nuraflah.blogspot.com/2008/07/pengikut-pas-jangan-mudah-diperbodohkan.html
yang menegaskan kebenaran hakikat kuasa Allah menaikkan atau menghancurkan sesuatu kuasa juga perlu akur pada firmanNya yang bermaksud : Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubahnya sendiri. Renung-renungkan lah.
Blogger berpendapat bahawa keengganan PAS bertitik tolak dari tarbiah assabiyah yang diterapkan kedalam pendokong mereka yang mengakibatkan mereka tidak dapat memisahkan diri dari emosi kebencian dan meneliti sesuatu dari sudut yang hak maupun batil. Masalah yang serupa juga menulari sanubari pendokong UMNO sehingga kekadang mereka melafazkannya dengan kebencian kepada simbol-simbol Islam seperti warna hijau, wa'nauzibillah (warna kesayangan Rasulullah dan bukan milik sebarang parti) tanpa menyedari kesannya keatas akidah dan pegangan agama. Mungkin ini akan mengguris hati pembaca muslim tetapi inilah hakikat yang tampak pada pemerhati berkecuali seperti saya dan yang membuahkan seribu satu kepiluan dalam diri yang fana ini akan mengapa 60% umat islam tidak mampu bersatu untuk menjunjung syariat Ilahi.
Akhir kalam, blogger ini akan terus mendoakan selagi kudrat dikurniakan Ilahi agar Ummah menyatukan saf dan berjemaah dalam menghadapi Kuffar, inshaAllah.
Rujukan:
1. Farish Noor (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS (1951 - 2003), Vol. I & II, MSRI
No comments:
Post a Comment