Nukilan saya menyentuh pengharaman Malaysia Today oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tempoh hari. Pada hemat saya, empunya portal berita berkenaan telah melampaui batas dalam memperlekeh-lekehkan agama Islam. Saya tidak menafikan bahawa portal berkenaan memainkan peranan penting dalam menyiarkan pendapat dan komentar alternatif serta pendedahan2 yang tidak kurang ampuhnya. Namun begitu, dalam menjalankan "kewajipannya" portal berkenaan telah menghina agama Islam dengan menjadikannya bagai bahan senda gurau. Saya beri tiga contoh bagi membuktikan hujah saya dari satu artikel: http://mt.m2day.org/2008/content/view/11508/84/
a)And neither was Safwan, who was accused of ‘penetrating’ Aisha, also asked to swear on the Quran in a mosque that he had kept his pecker in his pants at all times when he was alone with Aisha. In fact, those who made the allegation were instead punished.
b) If Aisha had been asked to swear her innocence on the Quran, then they would have had to recall all the pieces of tree bark and animal skin from all over the Arabian Peninsular, plus they would have had to assemble the hundreds of men who had ‘recorded’ the Quran in their heads. These tree barks and animal skin, plus the hundreds of Quran memorisers, would then have had to be lumped into a huge pile in the middle of the mosque and Aisha would have had to place her right hand on this mountain of men, tree barks and animal skin with her left hand raised to the sky as she swore her innocence on the ‘Quran’.
Perlukah kedua-dua kenyataan yang mengaibkan diatas? Bukankah memadai dengan hanya menukilkan bahawa amalan sumpah dengan menjunjung Quran tidak pernah diwahyukan sementala memberikan peristiwa Ifik dan Mubahalah dengan pemuka Kristian Najran sebagai contoh melalui pautan (links) jika hendak dijadikan episod2 berkenaan sebagai bahan hujah.
c)Though he had never met Aisha before, he immediately recognised her as one of the Prophet’s wives because of the tudung that she wore. It seems, in those days, only the Prophet’s wives wore the tudung to distinguish them from the other women.Apparently, the tudung was ‘decreed’ for only the Prophet’s wives and not for all women.
Berhubung (c) diatas adakah penulis memahami apa dia nas dan dalil dan apa dia yang diwajibkan oleh Allah azza wajalla? Adakah anda memahami sejarah hadis mutawatir berhubung hijab dan amalannya? Adakah anda sedar bahawa hijab itu wajib pada semua muslimat atau anda mendokong amalan tafsiran liberal yang kian subur melata(ini masalahnya apabila AlQuran dan kandungannya mula ditafsir secara membabi buta. Apakah locus standi anda dan para mufasirin2 lain berdasarkan ayat 7 surah Ali Imran?). Jelas penulis ingin mempermain2kan hukum serta mempersendakkan personalitas2 Islam secara tersirat. Jadi, hukuman yang diberikan adalah wajar memandangkan anda mempunyai pembaca yang ramai dan tidak perlulah anda berdalih anda melakukan amal maaruf nahi mungkar kerana cara anda jelas tidak kena!
Berkisar kepada persoalan seterusnya, saya ingin mengajukannya kepada Anwar Ibrahim dan yang sekongkol dengannya akan hubungan mereka dengan golongan2 seperti penulis blog MT memandangkan ia juga bersama sepentas dalam kempen Permatang Pauh. Malah saya sendiri dengan mata kepala menyaksikan "aksi" jaguh MT di pentas bersama-sama Dr Wan Azizah pada malam tanggal 23 Ogos apabila saya melalui PP dalam perjalanan pulang ke Bagan Serai. Adakah ulamak-ulamak PAS seperti TGNA dan TGAHA boleh tampil memberi penjelasan atau adakah arak kuasa politik telah memabukkan diri anda sekalian kepada kebenaran Hakiki. Bukankah wajib bagi seorang para pendokong dan da'i Islam senantiasa meletakkan Deen pada tempatnya dan menjauhinya dari di nodai oleh golongan ekstremis sekular liberal? Apa jawapan saudara Tulang Besi, MMutaligat dan Mahaguru yang merestui kerjasama dengan golongan2 ini? atau adakah kalian sibuk membelasah blogger seperti Roslan SMS semata-mata diabui oleh "piala kekuasaaan" yang bakal di gapai?
Akhirkata, blogger ini tidak ingin mengambil kesempatan menangguk di ayer keruh. Nukilan-nukilan saya neutral dan tidak memihak mana2 pihak dalam kemelut politik yang melanda bumi Allah ini. Cuma berpesan bahawa dalam kegilaan kita berpolitik dalam pesta demokrasi laknatullah, jangan sekali2 kita alpa kepada kenyataan bahawa kehidupan ini adalah fana semata-mata dan akhiratlah tempat kekal abadi.
No comments:
Post a Comment