Kesemua sumber yang diperturunkan dibawah bagi tujuan penghujahan berasal dari http://art-harun.blogspot.com/2009/02/perak-crisis-unsolicited-legal-opinion.html khususnya dari bahagian komentarnya.
PENGHUJAHAN 1. Dalam maklumbalas yang Art terima dari pembaca, tampak timbul kekeliruan mengenai frasa antara
1) ‘ the confidence of the majority of the legislative assembly” dan
2) the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly..
"Buktinya: If it says "if the MB ceases to command the confidence of the majority of the Legislative assembly", it will take to mean that the determination of that confidence should be in the assembly.
Sumber: Michael, February 6, 2009 : 5.38pmSaya telah memeriksa Perlembagaan Perak di http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/273_perak.pdf dan nyata versi 2 yang tepat.
Ini diperakui oleh Art Harun disini dalam menjawab Michael serta seorang komentar lain :Dear Michael and Thyechong,
"The version which I have and quoted in my post has the word "members". I have also checked with Imtiaz. His version also contains the word "members". Februari 6 : 7.54pm
Implikasi hakikat ini adalah amat penting kerana jika versi 1 diterima pakai maka nyata undi tidak percaya MESTI dibuat didalam persidangan DUN SAHAJA (sepertimana pendapat Chong diatas). TETAPI kalau kita bersandarkan kepada versi 2(yang tepat), maka, penilaian tahap kepercayaan boleh dilakukan di LUAR DUN sepertimana yang dilakukan oleh Baginda Sultan tempoh hari melalui pertemuan semuka dengan 31 ADUN (28=Bn + 3= Bebas). Nah, jelas sekali, baginda sultan tidak membelakangkan sebarang prosedur.
PENGHUJAHAN 2
Di sini saya memperturunkan artikel2 yang berkaitan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan (Exhibit 1) dan yang terkandung dalam Perlembagaan Perak (exhibit 2)
Exhibit 1 Federal Constitution: Article 43 (4): If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.
Exhibit 2 Perak State Constitution: Artikel XVI(6): If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.
Kalau diselidik isi kandungan dan konstruksi kandungan adalah SEIRAS kecuali perbezaan terma di mana yang satu merjuk kepada Parlimen manakala satu merujuk kepada ADUN. Pembaca budiman, kita sedia maklum bahawa Anwar bin Ibrahim pernah berhujah bahawa usul undi tidak percaya terhadap Dollah bin Badawi jika berjaya akan menyebabkan kerajaan Dollah Bin Badawi tersungkur secara tidak langsung turut melucutkan kuasa dari Dollah bin Badawi kerana mana mungkin DBB mampu berkuasa bila sudah hilang kepercayaan!!!Tidak dinafikan bahawa dakwaan prosedural sedemikian oleh Anwar bin Ibrahim adalah tepat dan disepakati oleh jumhur ulama perlembagaan sekular Malaysia. Sekarang, dengan bersandarkan hujah itu, bukankah hakikat yang serupa akan wujud di Perak, yakni hilang kepercayaan majoriti ADUN bermaksud hilang autoritas MB untuk memerintah dan secara automatik gugur sudahlah kuasa dari tangannya!! Gamplangkan kenyataan ini? Jadi kenapa awak Anwar bin Ibrahim tidak menasihati Nizar bin Jamaluddin akan hakikat ini?? Jawabbbbbbbbb.!! Kalau JANTAN!
Berhubung dengan ini, saya ingin mengutarakan bahawa tindakan (the act) memohon Baginda Sultan/Agong untuk membubar adalah suatu yang menyusul “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly,……….., Bukankah ini bermaksud satu perakuan tersirat mantan MB Nizar bahawa beliau telah “ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly……….” dan dengan yang demikian, harus meletakkan jawatan sekiranya (unless) permohonan pembubaran di tolak? Jadi saya hendak bertanya kepada PR, terutama Nizar bin Jamaluddin kenapa masih angkuh, celupar dan bertegar dengan pendirian yang jelas melanggar ‘akidah”pendokong perlembagaan sekular!!!
PENGHUJAHAN 3
Art Harun dan konco2nya termasuk Malik Imtiaz bin Ghulam Sarwar, Karpal Singh bin??? bertegar bahawa perlantikan Datuk Dr Zambry bin Abdul Kadir adalah ultra vires kerana usul undi tidak percaya belum dibentangkan untuk penghujhan dan pengundian diDALAM ADUN, satunya tempat dimana ianya WAJIB dilakukan. Hujah mereka bersandarkan Stephen Kalong Ningkan vs Governor of Sarawak (1966). Mereka berhujah bahawa prosedur ini telah ditetapkan dalam penghakiman Harley CJ, hakim Besar Borneo.Lihat : (Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg (1966) 2 MLJ 187, 193, as noted in (1966) 8 Malaya LR 283)
Saya telah berhujah bahawa Harley CJ membuat keputusan sedemikian berdasarkan, kesangsian beliau bahawa surat-surat yang dikemukakan oleh 30 pemetisyen mengandungi keraguan dan wujud unsur2 kecurigaan mengenai penandatangannya. Malah kesangsian ini dizahirkan melalui kenyataan beliau (Harley CJ) yang berbunyi:
Men who put their names to a ‘Top Secret’ letter may well hesitate to vote publicly in support of their private views." Pg:193
dan fleksibiliti mengenai kaedah menentukan kepercayaan itu jelas tampak dalam penggunaan perkataan “MAY” bukannya “MUST” dalam ekstrak ini:
It seems to me that by the provisions of the Sarawak Constitution, loss of confidence may be demonstrated only by a vote in Council Negri. [Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg (1966) 2 MLJ 187, 193, as noted in (1966) 8 Malaya LR 283)]
Malah dalam penghakiman beliau dalam kes Amir Kahar vs Tun Mohd Said Keruak, Yang Arif Justice Datuk Abdul Kadir Sulaiman juga menyentuh akan dilemma yang dihadapi Harley CJ berhubung kesahihan dokumen petisyen yang mendasari keputusan Gabenor Sarawak memecat Stephen Kalong Ningkan:
The hard fact in that case (Ningkan) was that the alleged loss of confidence was highly suspect. There was a top secret representation made by persons outside the Council Negri which on the fact of it did not disclose that the representors were the majority of members in the Council Negri. Also, the fact represented was suspicious in the sense that the letter was not signed by all persons listed in the letter and even in respect of those who signed, one of them was represented only by a ‘chop’
Sumber : Penghakiman Justice Datuk Abdul Kadir Sulaiman dalam Amir Kahar vs Tun Mohd Said Keruak(1994)
Maka tidak hairanlah sekiranya Harley CJ enggan mengesahkan pemecatan Stephen oleh Gabenor dan mencadangkan bahawa ketentuan kepercayaan dibuat di DALAM DUN. Seperti yang dihujah dalam nukilan sayayang lepas penetapan ini bukanlah sesuatu yang berdasarkan perundangan semata2 tetapi berdalilkan keraguan pada maklumat asal yang diterima Gabenor Sarawak.
Perlu ingat, Art dan Malik Imtiaz tidak mendedahkan pemerhatian Hakim dalam kes Amir Kahar vs Tun Mohd Said Keruak. Mengapa? Tepuk batang dan tanya nafsu masing-masing.!!!Malah Art terus berdalih dengan bermain silapkata apabila “diperangkap”:
"Because the relevant article imposes an objective test, ie, it must be factually proven that the MB does not anymore command the confidence of the majority. Stephen Kalong Ningkan's case has interpreted that to mean a vote of no confidence on the floor of the Assembly. It is a well reasoned judgment. It even distinguishes the Privy Council decision in Adegbenro v Akintola.In Adegbenro's case, the Privy Council opined that lost of confidence may be shown by letters or some other way. But in that case, the provision of the Nigerian constitution under review says "if it appears" that the PM does not command the confidence of the assembly. That phrase gives a degree of subjectivity to the Ruler. But that phrase is not in the Perak Constitution.Therefore, only a vote of no confidence could be relied by the Sultan in Perak.Sumber: Art Harun Feb 7 : 4.53pm
Saya berpendapat bahawa Art Harun sepatutnya mengambil kes Amir Kahar vs Tun Mohd Said Keruak kerana persamaan yang ketara antara kes tersebut dengan peristiwa di Perak. Jika ini dilakukannya, sudah tentu pandangannya akan lebih mirip dengan pandangan saya pada pukul 2.08pm di atas. Lihat : http://www.bernama.com/bernama/v5/newspolitic.php?id=388236
Saya berharap bahawa penjelasan ini membantu merungkai kemelut yang kini melanda umat Melayu islam terutama mereka yang masih ingkar dan mempertikaikan keputusan bijaksana baginda Sultan.
No comments:
Post a Comment