Thursday, March 05, 2009

Even Constitutional Experts can Flip Flop (Part 2a)


1. Adakah Sultan betul dalam tidak membubarkan DUN Perak seperti yang dipinta mantan MB Nizar berdasarkan Artikel 16(6)

2. (a) Wujudkah keperluan bagi prosedur undi tidak percaya berkenaan dilakukan di dalam Majlis Perundangan Negeri bagi mengesahkan samada MB Nizar masih mendapat kepercayaan majoriti perwakilan atau

2 (b) Bolehkah prosedur lain dari undi diDUN boleh diterima pakai dalam menentukkan hal ketidakpercayaan tersebut?2. c)Susulan dari atas, persoalan pokok 2 ialah adakah Duli Tuanku Sultan membuat keputusan tepat dalam mempelawa BN membentuk kerajaan baru memandangkan satu usul undi tidak percaya belum dibahaskan dalam Majlis Perundangan Negeri?

Soalan sampingan:1. adakah SPR betrtindak betul dalam tidak menerima kekosongan kerusi ADUN Behrang dan CJ berdasarkan dua surat perletakkan jawatan yang didakwa ditandatangani oleh ADUN berkenaan.

Jawapan kepada persoalan pokok #1:Berdasarkan Artikel 16(6): Duli Sultan mempunyai dua pilihan yakni ; membubarkan atau tidak membubarkan. Ini jelas tampak dalam konstruksi artikel berkenaan:"If the MB ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council."Jelas dari diatas, melainkan Sultan BERKENAN membubarkan ADUN, MB wajib meletakkan jawatan. Kekeliruan timbul kerana , he shall tender the resignation of the Executive Council merujuk kepada EXCO bukan MB. Tetapi logik akal yang sihat akan mengabsahkan bahawa EXCO dalam konteks ini merangkumi MB kerana MB adalah ketua EXCO. Dalam ertikata lain MB umpama kepala dan EXCO jasad. Bolehkah ditafsirkan yang keduanya saling tidak berkait dan tidak memerlukkan. Jawapannya tentunya tidak!!.Kendatipun akan ada manusia baghal berpendirian tegar bahawa MB tidak perlu berbuat demikian, rujukan kepada Interpretation Act (1948) spt yang disarankan Profesor Shad sudah memadai bagi merungkai maslahat ini.

Jawapan kepada #2 (a)2. a)Wujudkah keperluan bagi prosedur undi tidak percaya berkenaan dilakukan di dalam Majlis Perundangan Negeri bagi mengesahkan samada MB Nizar masih mendapat kepercayaan majoriti perwakilan?

Jawapannya : a) Tidak. Konvensi(Ingat ini konvensi SAHAJA BUKAN KETETAPAN MUTLAK) Parlimen Westminster (British) menetapkan bahawa prosedur yang harus digunapakai adalah undi tidak percaya dalam DUN dan keputusan mahkamah Persekutuan dalam Stephen Kalong Ningkan vs .Gabenor Sarawak (1966) SEOLAH-OLAH mengiakan prosedur berkenaan. Namun keputusan Mahkamah Persekutuan itu terbit dari kesangsian mahkamah tersebut kepada beberapa perkara.Secara umumnya, barisan Hakim mahkamah Persekutuan mendapati bahawa Gabenor Sarawak telah silap dalam menggunakan surat menyuarakan tidak percaya yang ditandatangan oleh majoriti ADUN Sarawak dalam membuat keputusannya. Ini adalah kerana kesahihan surat2 berkenaan boleh di pertikaikan dan hal ini disuarakan oleh Hakim dalam kes Datuk Amir Kahar vs Tun Mohd Said Keruak:

"The hard fact in that case (Ningkan) was that the alleged loss of confidence was highly suspect. There was a top secret representation made by persons outside the Council Negri which on the fact of it did not disclose that the representors were the majority of members in the Council Negri. Also, the fact represented was suspicious in the sense that the letter was not signed by all persons listed in the letter and even in respect of those who signed, one of them was represented only by a ‘chop’"

Gamplang sudah dari diatas bahawa, Mahkamah Persekutuan menetapkan undi tidak percaya perlu dilakukan dalam Dewan Perundangan Negeri Sarawak BUKAN kerana ia satu prosedur mutlak tetapi kerana timbul syak wasangka jemaah hakim terhadap dalil ( dalam bentuk surat) yang digunakan oleh Gabenor dalam membubarkan ADUN Sarawak. Malah pandangan ini diperkuatkan lagi dalam pemerhatian Hakim Justice Harley (yang juga menganggotai Jemaah hakim dalam kes Ningkan) bahawa:

‘Men who put their names to a ‘top secret’ letter may well hesitate to vote publicly in support of their private views ... page193

Berdasarkan hujah diatas, prosedur yang digariskan dalam Stephen Kalong Ningkan vs Governor of Sarawak (1966) tidak boleh dijadikan asas kukuh dalam kes ini kerana factor-faktor yang unik yang menyelubungi kes tersebut.

2 b)Bolehkah prosedur lain dari undi dalam DUN boleh diterima pakai dalam menentukkan hal ketidakpercayaan tersebut?

YA. Ada cara lain yang boleh diguna pakai bagi menentukkan ‘kepercayaan’ berkenaan. Ini di perturunkan dengan jelas dalam kes Datuk Amir Kahar vs Tun Mohd Said Keruak dimana Hakim memutuskan bahawa undi tidak percaya terhadap Datuk Joseph Pairin Kitingan telah pun di putuskan di LUAR Majlis Perundangan Negeri :

“In this case, from the petition (which was incidentally telecast live on television the day before Pairin tendered his resignation), the 30 members not only said they no longer had confidence in Pairin as the chief minister but they also requested the first defendant to convene the assembly and to direct Pairin to table a motion of confidence. However, the assembly was not convened to enable the action to be taken. In addition to that, Pairin himself in his press statement stated he resigned because the ruling party, ie PBS of which he is the leader, no longer had the majority support of the assemblymen, for owing to the defection of the members of his party, the position was reversed with the BN having the majority, and thus paving the way for the BN to form the next government."

Tampak dari atas bahawa, Hakim menerima yang berikut sebagai ganti prosedur undi tidak percaya dalam DUN:
a.petisyen yang ditandatangani oleh yang berkenaan, yakni, 30 ADUN
b.Pengakuan peribadi Pairin.Berdasarkan keputusan dalam kes Datuk Amir Kahar vs Tun Mohd Said Keruak , undi tidak percaya dalam Dun seperti yang di desak oleh Pakatan Rakyat adalah tidak perlu, cukup dengan hanya pengistiyaraan bertulis atau sebarang bentuk lain diLUAR DUN.

2. c)Susulan dari atas, adakah Duli Tuanku Sultan membuat keputusan tepat dalam mempelawa BN membentuk kerajaan baru memandangkan satu usul undi tidak percaya belum dibahaskan dalam Majlis Perundangan Negeri?

Ya. Saya telah menjelaskan berdalilkan keputusan dalam Datuk Amir Kahar vs Tun Mohd Said Keruak bahawa Persidangan DUN tidak perlu diadakan bagi menjalankan prosedur undi tidak percaya.Jika keputusan kes ini dijadikan sandaran maka :

a.peristiyaraan keluar PKR dan menyokong kerajaan BN oleh ADUN Behrang, Jelapang dan CJ
b.pengumuman resmi yang dibuat melalui sidang akhbar dalam akhbar dan media elektronik oleh 31 ADUN Perak tempoh hari
c.tindakan mantan MB meminta perkenan Sultan membubarkan ADUN Perak

kesemuanya mengisyaratkan bahawa mantan MB Perak SUDAH pun “ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly……..”artikel 16(6) dan dengan sebab itu wajar meletak jawatan bersama exco beliau.

Susulan dari itu Baginda Sultan berhak di bawah Artikel 16 untuk menggunakan budi bicara baginda melantik kerajaan baru:Article 16 of the Perak Constitution says that the Sultan shall appoint the Executive Council ("EC"). He must first appoint as Menteri Besar from the members of the Legislative Assembly who "in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly."

Jadi keputusan Baginda menobatkan BN sebagai kerajaan baru adalah sah mengikut lunas undang2. Ini berdasarkan pengamatan baginda akan:
a.peristiyaraan keluar PKR dan menyokong kerajaan BN oleh ADUN Behrang, Jelapang dan CJ
b.pengumuman resmi yang dibuat melalui sidang akhbar dalam akhbar dan media elektronik oleh 31 ADUN Perak (28=BN + 3 =Bebas) tempoh hari.

Tetapi bagi tidak mengeruhkan keadaan dan mendapatkan kepastian hakiki, Baginda Sultan dengan penuh hikmah dan bijaksana mentitahkan bahawa 31 (28=BN + 3=Bebas) ADUN yang berkenaan menghadap baginda bagi mengesahkan pendirian mereka seperti yang tertera dalam kenyataan resmi Istana Perak:

"On the order of the Duli Yang Maha Mulia to ascertain that the information given was accurate, all the 31 state assemblyman were to present themselves before Paduka Seri Sultan.After meeting all the 31 assemblymen, DYMM Paduka Seri Sultan of Perak was convinced that YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin had ceased to command the confidence of the majority of the State Assembly members."
Source: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/6/nation/3209890&sec=nation

Nah, ini menyerlahkan kebijaksanaan Baginda Sultan sebagai seorang Raja berdaulat. Baginda tidak dipengaruhi faktor lain kecuali pengamatan baginda yang penuh hikmah semata2 dan kecermatan baginda dalam membuat keputusan yang membabitkan kepentingan rakyat tersirna jelas. Tindakan baginda juga dengan sendirinya menidakkan kemungkinan berulangnya kemelut yang membelenggu Sarawak 42 tahun yang silam. Keperibadian mulia dan gentleman baginda bukan suatu yang hanya ketara dalam kes ini. Malah ianya tampak sirna dalam kes perlantikan mantan MB Nizar dahulu seperti yang boleh dilihat dalam nukilan ini:

"Perak DAP secretary Nga Kor Ming said that Raja Nazrin wanted a letter of undertaking from all 31 opposition assemblymen indicating their support for the formation of the new DAP-PKR-PAS coalition government.“The letter should also state that all 31 of them supported the appointment of Pasir Panjang assemblyman Mohammad Nizar Jamaluddin as the new Mentri Besar,” said Nga, who is also Pantai Remis assemblyman". http://thestar.com.my/election/story.asp?file=/2008/3/14/election2008/20643379&sec=Election2008]

kendatipun ketika itu Pakatan Rakyat tidak wujud (hanya didaftar secara resmi pada 18 Mac... Nizar dilantik 14 Mac) seperi yang di nyatakan oleh Prof Shad:

“Perak result: The Perak assembly result posed fascinating possibilities. No party or coalition holds an absolute majority of the 59 seats. Barisan has 28; DAP captured 18; PKR won seven; and PAS holds six. The combined opposition vote is 31 to Barisan’s 28. But as the Opposition is not a formal coalition, we have a “hung assembly” – a chamber with no clear-cut leader.”source:REFLECTING ON THE LAWBY SHAD SALEEM FARUQI available at :http://www.garoweonline.com/artman2/publish/Opinion

Beralih kita kepada soalan sampingan.
Soalan sampingan:1. adakah SPR bertindak betul dalam tidak menerima kekosongan kerusi ADUN Behrang dan CJ berdasarkan dua surat perletakkan jawatan yang didakwa ditandatangani oleh ADUN berkenaan.

Jawapan kepada Soalan sampinganYa. SPR bertanggungjawab mengesahkan MEMANG timbul kekosongan dalam kedua kerusi ADUN dan bukan bersandarkan dengan makluman Speaker DUN semata2. Artikel 36(5) Perlembagaan Perak menetapkan :“A casual vacancy shall be filled within sixty days from the date on which it shall be established by the Election Commission that there is a vacancy…”

Nah kecuali kalau pembaca budiman seorang dunggu, kesemua tindakan SPR dalam memastikan wujudnya kekosongan memang selaras dengan “it shall be established by the Election Commission that there is a vacancy”.

Tambahan pula, penggunaan kes Ong Kee Hui v. Sinyium anak Mutit (1982) sebagai sandaran bagi mengabsahkan keputusan SPR adalah tepat seperti yang diakui oleh Karpal Singh SENDIRI:

“Veteran lawyer and DAP national chairman Karpal Singh said the commission’s decision to recognise Jamaluddin and Mohd Osman as the assemblymen for Behrang and Changkat Jering respectively was based on a Federal Court case in 1982.“The legal advisers have likely advised them based on that,” he said.The Federal Court had ruled in 1982 in the case of Sarawak United People’s Party member Datuk Ong Kee Hui v. the then party president Sinyium anak Mutit that the arrangement of submitting an undated resignation letter to the Speaker was contrary to public policy and therefore void.” http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/4/nation/3191396&sec=nation

Jelas, keputusan SPR adalah berdasarkan lunas undang-undang semata2!.

Revert : Well-argued Warrior..

No comments: