Wednesday, May 27, 2009

Nik Aziz dan Husam Durjana

Bulan Mei berkunjung tiba,
rawan dihati peri tak terhingga,
ulamak sohor mengadu domba,
nasib Islam entah kemana.

Begitulah permulaan kalam saya hari ini, kala penghujung Mei menegur sapa. Mei , pada takwim Masehi, yang sering dikait dengan peristiwa berdarah tanggal 13 tetapi Mei yang sering melupakkan pengorbanan mulia anak watan yang gugur berjihad menentang sang kuffar:

"Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei diKampung Merbuk dan di Kampung Pupuh. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh."

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Hassan_bin_Panglima_Mat_Munas dan
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Tok_Janggut
sumber:http://xafats21.blogspot.com/2008/08/menjelang-sambutan-kemerdekaan-ke-51.html
sumber:http://allmalaysia.info/news/story.asp?file=/2007/11/24/state/18867400&sec=mi_kelantan

Genap 94 tahun berbubut lalu, maka berkemundanglah alunan suara merdu bertatah logahat Kelante, ulama sohor masa kini. Bagaikan halilintar yang membelah langit secara tetiba, Nik Aziz dengan bangga dan takbur memperlekeh usaha penyatuan ummah. Beliau lebih rela bersekongkol dengan kuffar laknatullah dari mengorak langkah menyingsing lengan baju bagi mencari kata sepakat untuk menangani kemelut perpecahan yang melanda Umat Islam bagaikan dentuman ombak yang berderu-deru di tanah air tecinta. Layakkah manusia sebegini digelar ulamak apatah lagi disanjung bagai Tok Guru? Layakkah manusia sebegini yang mendabik dada berjuang atas dasar Islam dihormati kala beliau menghambur kata nista mencerca sesama Islam? Layakkah manusia sebegini terus bertopeng pejuang Islam walhal segala tindak tanduk bagai mempelawa serigala kuffar menjamah daging saudara Islam yang lain?Layakkah munafik ini dibenarkan terus bermaharaja lela melagakkan sesama Islam walaupun panggilan liang lahad semakin berkumandang dicuping telinganya?

Sekarang terserlah sudah ketokohan sebenar pemuka asabiyah ini. Anak sendiri ditempelak kerana berani mengatakan yang hak. Anak sendiri diherdik kerana menyatakan yang benar. Anak sendiri dibentak kerana nafsu serakah yang membuak enggan menerima teguran agar kembali kejalan penyatuan. Tatkala, anak sendiri dihina, anak didik penuh durjana menerpa singgahsana untuk menyambung permusuhan. Tampak sungguh yang baghal bernama Husam, yang disusu tarbiah dan dibesarkan dengan madah bersulamkan dusta Nik Aziz bin Nik Mat, sudah jelas menunjukkan taringnya, bagaikan binatang buas yang tidak sabar merobek dan menjamah sisa perpaduan Islam yang kian pudar diasak gelojak nafsu Nik Aziz dan konco-konconya.

Gerangan apa Nik Aziz bin Nik Mat berani melakukan apa yang Khalifah Ali (alaihissalam) tidak sanggup melakukan-- membiarkan umat terkapai-kapai terumbang ambing dibadai ombak dilautan hidup yang penuh duka nestapa? Sejahat manapun musuh baginda, sabar dan keprihatinan baginda agar tidak berlaku perpechan Ummah mengatasi segala keperitan dan kesengsaraan hidup yang dilalui baginda(alaihissalam)..........(bersambung)

No comments: