Percayalah, kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir.
Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku.” : Amanat Hj Hadi
1.Kini sudah pecah tembelang siapa sebenarnya PAS. PAS hanyalah balaci Amerika bagi melemahkan perjuangan Islam sebenar. Mereka berlakun mendapat simpati masyarakat Islam dengan retorika dan pakaian Islam mereka . Namun begitu, hakikatnya, peranan mereka adalah untuk melemahkan perjuangan cara fisabilillah dengan menggantinya dengan perjuangan ala demokrsai yang jelas bertentangan dengan syariat Islam sekaligus merencat naluri jihad dalam setiap orang Muslim.
2. Mengapa mereka berbuat begitu? Kerana hubun dunia. Mereka memahami bahawa perjuangan fisabilillah hanya boleh dianggotai orang-ornag mukmin sejati, para mukhlisin yang bakal bergerak di bawah naungan panji2 dibawah pemuka dari keturunan Rasulullah SAW, Imam Mahdi (as) dan untuk kearah itu memerlukan tarbiyah berterusan. Pemimpin dan ahli PAS tidak sabar ditarbiyah, mereka hendak memerintah melalui mencaciyah. Mreka tidak mahu mempersiapkan diri untuk yang jauh dan sukar tetapi dahagakan yang dekat dan mudah kerana runtunan hawa nafsu. Mereka sanggup diperalatkan agen dan balaci Yahudi laknatullah walhal mereka mampu mengundurkan diri dan ambil kedudukan berkecuali sekalipun tidak mahu bersatu/berkerjasama dengan UMNO demi Ummah. Jelas mereka kuda tunggangan sekularis liberal dan atheis.
3. PAS ditubuhkan bagi memporak perandakan Ummah dan bersiap sedia menggempur tentera Mahdi yang pasti menakluk dunia kelak tidak diketahui bila. Amerika dan Yahudi takut akan ini. Maka mereka berkomplot dengan gerakan2 pseudo-Islam serata dunia bagi mengkucar kacirkan saf Islam sejati. Kesemua gerakan Islam sedunia telah dibolosi oleh petualang2 Amerika dan Yahudi kecuali gerakan Hezbollah di Lubnan . Kebanyakan nama-nama tersohor yang mempelopori gerakan Islam militan adalah dahulunya balaci Amerika tatkala zaman Perang Dingin kecuali Syeikh Hassan Nasrullah, orang yang pertama memaksa pengunduran tentera Yahudi dari bumi Islam.
4. Memburukkan Islam adalah agenda utama Yahudi/Amerika. Maka keganasan dilakukan agar menunjukkan kepada dunia bahawa Islam agama ganas, bom JI di Indonesia, serangan Al-Qaeda, demonstrasi jalanan PAS adalah semuanya didalangi Amerika dan Yahudi. Agak pelik setelah mengepungnya di Afghanistan lebih 8 tahun, Osama tak dapat dicari masakan Noriega yang duduk dibelakang benteng tentera mudah ditangkap. Agak janggal yang Nordin Mohd Top yang bersembunyi hampir sedekad di Indonesia boleh membolosi segala sekatan walhal Mat Selamat dengan mudah dapat dikesan dan diberkas. Gerangan apa ini? Tidak lain tidak bukan bagi mengabui mata dunia Islam yang petualang2 ini adalah pejuang sejati yang seolah2 mendapat berkat Ilahi. Tetapi kewujudan mereka membenarkan Yahudi/Amerika terus menggunakan mereka bagi menghambat Islam. Terus menjadikan mereka alasan untuk menyambung Perang anti-Keganasan buat menyembelih umat Islam yang tidak berdosa. Maka matilah 20 orang kaffir angkara bom jangka kecil tetapi tersungkurlah 20000 Islam dibedil peluru berpandu dan bom thermobarik buat balasan pengeboman kerdil tersebut. Maka berkumandanglah berita keseantero dunia yang Islam itu kejam kerana menyembelih wanita dan anak tidak berdosa manakala Zionisma dan Sekularisma di laungkan sebagai membawa keadilan sejagat atas gelimpangan mayat penganut Islam.Mak berusahalah Amerika dan konconya Yahudi supaya dileraikan ISA di Malaysia manakala Patriot's Act, ISA di Singapura dan Anti-Terroism Act di Israel dipandang sepi .
5. Kita tidak pernah melihat PAS berdemonstrasi bagi menegakkan Hudud. Kita tidak pernah menyaksikan pasukan berani mati PAS mempertahankan syariah atau cuba melakukan sesuatu yang nekad. Kita tidak pernah melihat reaksi PAS kepada kemurtadan Lina Joy yang juga didalangi oleh munafikun Islam. Kita tidak pernah melihat pemimpin PAS melatah tak keharuan apabila Karpal Singh memomok perlaksanaan Syariah, apabila Haris Ibrahim mengiyakan anjing dan Ahmadiyah serta Ayah Pin, apabila Anwar ibrahim melutut kepada desakan Chua Jui Meng agar Islam tidak ditegakkan sebagai pra-syarat mendampingi PR. Kita tidak pernah melihat Tok2 Lebai PAS bising kemarahan apabila Zaid Ibrahim yang pernah mennyanggah melalui sistem Kehakiman akan perlaksanaan Hudud , didakap erat dan diterima Anwar ibrahim. Kita tidak pernah melihat ahli PAS bangun membantah tatkala Nik Aziz Nik Mat menolak perpaduan ummah. Inilah antara seribu satu janji2 yang PAS taburkan dalam mendabik dada ia memperjuangkan Islam.
6. Yang kita lihat adalah PAS tunduk mengiakan penternakan dan penyembelihan babi. PAS melutut tatkala DAP bermaharajalela melanyak kepentingan Melayu di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.Kita melihat bagaimana "pejuang2 syahid" PAS berubah menjadi bapok apabila rumah urut berlipat 600% diSelangor dari 700 sebelum Mac 2008 kepada 4200 menjelang July 15 2009. Kita melihat bagaimana Muslimat PAS menangis teresak2 memeluk Eli Wong tatkala perilaku bak sundalnya menjadi heboh. Kita melihat bagaimana pejuang Badar PAS meniarap diatas jalan menghambat Raja Melayu yang ingin memulangkan kerajaan secara perlembagaan kepada seoorang MB Islam. Kita melihat bagaimana PAS dibawah Mujahid Rawa kelu tak berbahasa apabila disergah PKR dan DAP kerana ingin bertanding di Penanti. Kita melihat bagaimana laknatullah Nik Aziz Nik Mat bersalam erat dengan LKY, penghancur wilayah Islam dan balaci AS no1 dirantau ini. Terbaru, kita menonton bagaimana ahli PAS menghabiskan wang duit, menaiki bas, kenderaan awam, motosikal, LRT apa jua demi mencerca satu undang-undang yang melindungi Islam dari komunis dan sekularis liberal. Ini adalah wajah2 PAS yang anda lihat dengan mata kepala anda.
7. Mungkin ada akan mengata apa bezanya UMNO? Penulis berpendirian UMNO juga bukan parti Islam TETAPI UMNO tidak hipokrit. Ia kekal sekular tanpa berpura-pura bermain dengan syiar Islam bagi meraih simpati. Ia tidak hipokrit menjanjikan emas dan memberikan hampas. UMNO memang pincang dengan segala satu korupsi dan kekurangan tersendiri tetapi pemimpinnya berhak mendabik dada bahawa sekurang2nya mereka telah menarik sebahagian besar umat Melayu Islam keluar dari dibelenggu kemiskinan, dihimpit dan ditindas kaffir laknatullah dan secara tidak langsung menolong sebahagian besar dari mereka mempertahankan akidah walaupun ia robek dan camping tidak seindah zaman Rasul. Dan dalam usaha UMNO mempertahankan perlembagaan, ketuanan Melayu dan institutusi Melayu, sekurang2nya Islam turut terpelihara. Bukankah per kapita Melayu Islam antara tertinggi didunia berbanding dengan umat Islam dinegara Islam lain (tolak Kuwait, Abu Dhabi, Brunei dan negara islam lain yang karunia minyaknya jauh melebihi khazanah Malaysia pun begitu syarikat kita Petronas yang diurus Melayu Islam menduduki tempat ke8 syarikat paling untung diperingakt dunia dan No 1 diAsia) . Bukankah kadar kemiskinan kalangan orang Melayu telah menurun pada angka2 sa sahaja? Bukankah ramai anak Melayu Islam telah menginjak laman IPTA? bukankah pegangan ekonomi telah meningkat ke 25-27% dari 1% pada thaun 1970? Bukankah kadar kematian bayi dan ibu bersalin telah menurun mendadak? Bukankah anak-anak kita disediakan prasarana buku hatta komputer sekali pun?Tidak sedarkah bahawa golongan profesional bumiputera telah meningkat dan kelas menengah kian bertambah?. namun banyak lagi yang perlu dibuat. Perjalanan kita masih jauh tetapi mencerca sesama Islam tanpa muhassabah diri juga tidak patut.
8. PAS ada buat apa kearah perkembangan sosio-ekonomi berbekalkan apa yang dikatanya Islam? Dulu ada skim Kohilal apa dah jadi? Pajak gadai Ar-Rahn iti pula bagaimana pulangannya? Hudud tiada, sistem ekonomi Islam Kelantan rapuh, kemiskinan melata dalam negeri yang diperintahnya selama 19 tahun, hampir seusia dengan pentadbiran negarawan ulung Tun Dr Mahathir walhal Kelantan ada khazanah bumi ada cerdik pandai, kononya pandai bisnes. Kenapa Islam timur tengah letak duit di Singapura dari melabur di Kelantan? Mengapa yang melabur di Kedah, Cina dan Cina HK bukan Pak Arab atau Mat Brunei? Tidak malukah dinegeri sendiri yang dikatakan Islam, kuffar membaham harta bumi.Apakah kerangka ekonomi Islam ala moden tetapi berpaksikan Islam sejati PAS mampu buat? Bagaimana dengan Bank Islam, sukuk, instrumen kewangan Islam sehingga Malaysia jadi "main player", PAS buatke?
9.Adakah kerajaan salah kalau orang Islam tidak menabung dan membeli saham ASB bernilai RM1 atas alasan halal haram tetapi sanggup menghabiskan puluhan ringgit membeli belah dipasaraya Cina atau menaiki kenderaan untuk berdemonstrasi? Adakah kerajaan salah kalau anak2 Melayu tidak didorong menelaah pelajaran dalam BI walhal bangsa lain berlumba berbuat demikian di Singapura hatta di Cina sekalipun? Adakah kerajaan salah jika anak-anak melayu islam berpeleseran merempit tanpa hala tuju sekalipun disediakan segala kemudahan untuk memperbaiki nasib melalui pendidikan?Adakah kerajaan salah jika sekerat dua Melayu Islam melakukan korupsi walaupun nyata rezeki itu tidak halal? Adakah seribu satu maslahat ummah patut diletakkan pada pundak kerajaan semata-mata?
10.Ya, tidak siapa menafikan ada yang korupsi sehingga duduk dirumah berpuluhjuta ringgit walhal gaji tak seberapa? Ya. tidak siapa menafikan golongan elit membolos harta tanpa menginfakkan zakat pada si-miskin.Ya dasar liberalisasi kini akan merugikan Melayu dan menguntungkan pendatang tetapi siapa yang turut sama membuka kearah jalan ini kalau bukan pembangkang Melayu yang mamai dengan omongan "egalitaire, justice & equality" Perancis. Ya, memang benar bahawa ketidakadilan wujud tetapi menuding jari membuta tuli laksana menjamah kaum diri . Adakah kerana kepincangan, rasuah,gila kuasa segelintir menyebabkan naik serik sehingga perpaduan ummah terlerai kerana nyamuk kelambu dibakar? Tidakkah wujud keinsafan bahawa menatang pendatang bagaikan melepaskan binatang buas dari tambatan? Tidak malukah bahawa bertelagah itu seolah-olah menganiya diri manakala kaum pendatang senang hati?
Cuba lihat peristiwa tengahari tadi. Siapa yang turn berdemonstrasi. Batang hidung Cina dan India sukar dilihat tetapi kopiah, sarban, kulit sawo matang, takbir, telekong, tudung dimana-mana menghebohkan perangai rempit dan monyet kepada satu dunia ditengah ibukota? Siapa yang mangsa, pengusaha gerai, pasar malam, makanan, kain dsbnya. Gerangan apa bangsa mereka? Tepuk dada tanya selera. banggalah dapat lencana hero manakala kaum sendiri yang duduk hitung kerugian. Pernahkah mahasiswa kaffir ditangkap kerana demonstrasi atau hal-hal seumpama itu. Siapakah yang paling rajin "extend". siapa yang paling ramai Fail and out? siapa graduan UBU, Universiti Reformasi dan seribu satu universiti jalanan lain ? cina? India?. Tidak malukah dengan kebobrokakn atau sudahkah Melayu/Islam hilang malu lantas maruah pun tergadai? bangga sangat dengan badges hero, dicekup, duduk lokap, disembur cecair kimia, di selubungi asap pemedih mata...Hero Jalanan tetapi bila Islam dinista hero jalanan menikus lari, menopang dagu, dan terkincit sudah. Bangga dengan badges demonstrasi tetapi ijazah ditangan tiada, ilmu diotak kosong, langsung kantoi ditelan arus hidup.
11. Bercakap berdegar-degar menghambur kata nista memang senang tetapi itu adat PAS.Sekarang blogger guna adat dan logik PAS untuk hambur balik dan pertengahkan isu utama, adakah PAS itu Islamik. Kalau nak memperincikan hal ini perlu kita guna tamsilan mudah . Pritam Singh yang berserban berjambang itu, jelas tidak Islam kerana akidahnya songsng walaupun luarannya tampak Islamik. PAS mendakwa dirinya Islamik maka kayu ukur untuk menilai benar dusta pendiriannya adalah neraca Islamik, Al Quran dan Sunnah. mari kita mulakan:
1. PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. DAP=menolak perlaksanaan Hukum Syarak begitu juga PKR. "Barang Siapa Menolak Hukum Allah, ia zalim dan golongan yang zalim pada diri dan orang lain itu kaffir , bukankah begitu wahai PAS?
2. Umum mengetahui Nik Aziz Nik Mat menolak soal perpaduan Ummah, Rasulullah pernah bersabda Umat Islam adalah bersaudara, Juga ada Hadis sahih yang menyatakan bahawa barang siapa memutuskan silaturahim, dilaknat Allah azza wa jalla, betulkan begitu PAS?
3. Golongan sekularis Liberal DAP, PKR dan konco-konco mereka nekad dengan pendirian, Malaysia kekal sekular, malah hari ini Jeff Ooi(DAP-Jelutong) menyatakan demikian jua dalam Star:
“I will be submitting an application to the Penang DAP as well as the Chief Minister within a week to remove him as a member of the council’s OSC committee.” He said Mohd Razali was a member of the Jemaah Islah Malaysia (JIM) and so, had no place in a secular state.
“We cannot have a person with vested religious interest holding such a powerful role in investment and development,”said Ooi..
“We cannot have a person with vested religious interest holding such a powerful role in investment and development,”said Ooi..
(Sekarang Bagaimana Nik Aziz???)
Apa beza kejadahnya pendirian tegar mereka dengan ini:
Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir.
Bukankah dengan bersekongkol dengan mereka, PAS telah kafir murtad walhal PAS mendabik dada menyatakan perjuanganya perjuangan Islam. Maka berpaksikan, hujah itu apa kata kalau blogger sebagai seorang Islam mengunapakai saranan ini dan memajukannya kepada semua muslimin/muslimat yang lain:
........kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam
Bagaimana kalau orang Islam bangkit melawan dan menumpahkan darah kamu kalian, wahai PAS. Bukankah mereka sah mati syahid, satu kematian yang paling agung disisi Allah azza wa jalla. Bagaimana jawapanmu, wahai pemimpin dan pendokong PAS? Beranikah kalian menjawab?
No comments:
Post a Comment