Terpaksa saya menyapu mata beberapa kali semasa membaca ini: "PAS tidak campur isu arak di S'gor".
Tercengang saya seketika kemudian mulalah kerongkong saya bergetar dengan ketawa. Terbahak-bahak saya ketawa sehingga hampir senak perut, sehingga rakan taulan saya terkejut memikirkan gerangan apa saya ketawa begitu. Saya ketawa tidak lain kerna PAS pandai berjenaka, pandai berbadut bagai tali barut, pandai menepis bagai pengemis. Dalam kenyataan itu, terserlah kemunafikan PAS, terselak hipokrasi PAS, terlondeh topeng PAS.
Sah, sudah telahan saya. Telahan yang mengundang caci nista dari lembu PAS. Telahan yang mengapikan perasaan kambing, ayam dan itek PAS yang sanggup menanduk, mencakar, seorang Muslim tetapi kecut perut bila disentap kaffir bernama Ronnie Liu dan Jeff Ooi. Itulah Pas- parti Kaffir sejati, paling tidak golongan fasik. Sudah tentu PAS akan mengata, saya menulis kerana sesuap nasi, kerana sudah balaci, kerana pilihanraya di tepi permatang datang lagi. Pasti esok lusa, akan keluar kenyataan unta-unta PAS mendakwa ada komplot melemahkan PAS, agenda tersembunyi kerana bayu Permatang berbubut lembut..... belum lagi ribut sudah ada orang beribut.
Saya jawab mudah:
1. berapa kerat yang baca blog ini?
2.berapa ramai tahu ia wujud atau mati?
3. kenapa tidak ia jadi tempat gerombolan UMNO bertandang kalau ia famous sangat?
4. otak gila empunya siapa yang sanggup bayar saya menulis bagi menarik lebih kurang 1500 orang dalam 11 bulan?
Saya tidak menulis untuk nama, saya tidak menulis untuk wang ringgit, saya tidak menulis untuk sesuap nasi. Saya menulis sebagai Melayu-Islam yang berprinsip. Saya menulis sebagai Islam-Melayu yang ada maruah. Saya menginfakkan pandangan kerana kebenaran. Saya tidak mencaci, memaki hamun, mengadu domba. Pendekatan saya mudah: anda gelar diri anda Islamik lantas saya guna neraca Islamik untuk menilai anda. Kalau anda gelar diri anda sekular, maka teropong sekular diguna saya untuk meneropong gerak geri anda.
Jika anda tidak mamapu membanteras arak, rumah urut, sarang pelacur, apalagi gunanya bagi anda menggelar perjuangan anda Islamik, buat menyemak aje!
Jika anda tidak mampu menyangkal bahawa Jeff Ooi telah menjatuhkan martabat Islam dengan menyelar syariah sebagai agenda ekstremis, buat apa nak bising-bising pasal Islam walhal anda duduk bersekongkol dengan gerombolan Jeff Ooi, menghirup air kencing luahannya, menjamah tahi sindirannya? Jangankan Jeff Ooi, Karppal Singh sendiri menjerit macam orang minum todi, tetapi PAS bersabar...mungkin " sabar itu separuh dari Iman dalam kes ini.....entahlah
Dalam dua perkara mudah, yang "simple" seakan2 mengancing baju,PAS lembik, PAS tidak mampu mempertahankan Islam. Kalu gitu, buat apa mendabik dada mengistihar diri golongan solihin, mukhlisin, muttaqin bila sikap anda menangani tohmah bak golongan fasikin, munafikin, zalimin dan kaffirin. Jawablah kalau berani, atau anda sama seperti manusia yang macam oghang utagha khabaq "tak dak teloq". Selak pelikat dan rasa celah kangkang..........
No comments:
Post a Comment