Friday, June 11, 2010

Tidak Ada Gerakan Islam di Malaysia. Hanya Parti Politik.(bahagian Terakhir)

Dalam bahagian 1, saya telah mengutarakan secara ringkas maksud siasah syariah atau ketatanegaraan yang dikenali sebagai politik dalam terminologi kuffar-sekularis. Di sana juga telah di berikan gambaran akan 3 ciri utama Gerakan Islam. Dalam bahagian ini, saya akan menggunakkan neraca tersebut bagi menafsir samada wujud Gerakan Islam di Malaysia. Dalam usaha tersebut, saya juga akan memperturunkan bukti bersabit isu semasa bagi menguatkan hujah saya.

Mukadimah
Sebelum, menjawab persoalan diatas, elok kita renung kembali pokok perbincangan setakat ini yang dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Politik ala demokrasi dan lain2 bentuk kerangka rekaan kuffar-sekularis ditolak oleh Islam sama sekali.

2. Gerakan Islam diwarnai oleh ciri2 berikut:

a.ideologi berasaskan Quran dan Assunnah . Penegakan negara Islam berasaskan jihad.

b. menolak sama sekali kerjasama dengan kuffar dalam apa jua sekalipun dalam usaha menjelmakan syariat Islam.

c. mengutamakan perpaduan sesama Islam dalam membentuk saf yang teguh bagi mendepani kuffar dengan berpaksikan kaedah jihad.

Soalan 1: Adakah UMNO dikira Gerakan2 Islam?

Jawapan: Tidak. Kedua-duanya tidak memenuhi ciri-ciri Gerakan Islam yang digariskan diatas. Tambahan pula manhaj perjuangan UMNO tidak berpaksikan kepada Quran dan Hadis walaupun UMNO mendakwa mempertahankan keutuhan dan kesucian Islam. Tetapi niat murni ini tidak meletakkan UMNO dalam kerangka Gerakan Islam memandangkan gagasannya masih bersifat sekularis. Namun begitu, perlu diingati bahawa UMNO sejak penubuhannya TIDAK PERNAH mendakwa dirinya sebagai Gerakan Islam. Malah perpecahan UMNO-PAS pada tahun 1950 adalah bertitik tolak dari perbezaan pendapat diantara golongan ulama dan bukan ulama dalam UMNO yang juga dieksplotasi oleh golongan komunis dan haluan kiri.

Pendekata, tampak bahawa soalan 1 tidak relevan kepada perbincangan tetapi perlu dikupas jua bagi memperjelaskan isu serta berlaku adil kepada semua pihak.

Soalan 2: Adakah PAS satu Gerakan Islam?

Jawapan: Tidak. Walaupun PAS mendakwa Al-Quran, Sunnah (bersanadkan Hadis sahih dan mutawatir), Ijma menjadi batu asas perlembagaan parti tersebut namun segala tindaktanduk dan percaturan politik PAS mirip kepada politik Machiavelli dimana matlamat menghalalkan cara. Justeru itu, dalam beberapa hal, PAS membelakangi Al-Quran dan As-Sunnah. Antaranya:

a. PAS akur kepada DAP bahawa negara Islam tidak akan dijelmakan langsung. Persetujuan seumpama ini jelas termeterai walaupun ada pemimpin PAS pusat termasuk Mursyidul Amnya berdusta kepada umat Islam Malaysia bahawa rancangan menzahirkan negara Islam berjalan lancar dengan sokongan kuffar. Selewat bulan lepas, Wong Ho Leng dipetik sebagai berkata" DAP is not for Islamic State" jadi apa kejadahnya pembohongan Mursyidul Am itu?
Malah, kenyataan Nik Aziz Nik Mat bahawa hudud hanya untuk golongan Islam bercanggah terus dengan perlembagaan Islam Madinah yang dirangka Rasul bertepatan wahyu Allah dimana Hudud dikenakan keatas semua termasuk Yahudi dan Nasrani dll kerana bukankah Hukum Allah itu untuk manusia sejagat dan bukan Muslim semata-mata? (insyallah dengan izin pemilik blog, saya akan mengupas Perlembagaan madinah dalam satu nukilan lain)

b. Usaha PAS adalah mirip usaha UMNO iaitu menerapkan nilai-nilai Islam dalam aspek pentadbiran negara seperti yang diutarakan dalam wawancara ini yang mirip kenyataan laknatullah Dzulkefly Ahmad (gerangan apa Mursyidul Am bercakap pasal perundangan hudud dalam MI diatas, penuh kontradiksi golongan munafikun PAS bukan gitu?) Anihnya, PAS menentang apabila UMNO menjalankan kempen penerapan nilai-nilai Islam pada tahun2 1980an dan awal 90an semasa pentadbiran negarawan Tun Dr Mahathir.

c. PAS membelakangi gagasan penyatuan Ummah yang diwajibkan Allah dan Rasulnya apabila menolak kerjasama dengan UMNO yang dianggotai rata2 oleh Melayu-Islam yang melafazkan syahadah. Malah, PAS sanggup bersekongkol dengan golongan atheist, sosialis dan liberal serta golongan kuffar lain untuk memenangkan mereka. Ini bercanggah dengan perilaku luhur Rasulullah yang berusaha menyatukan Ummah walaupun terdapat golongan Munafikun dan Fasikun dalam kalangan Ummah di Mekah dan Madinah. Malah pemimpin PAS sanggup berdoa melaknat pemimpin UMNO walhal celaan seumpamanya biasanya ditujukan kepada golongan kuffar seperti dalam surah al-Lahab Paling anih dari mentarbiyah dan membimbing seperti Rasulullah , Nik Aziz lebih cenderung beradu kekuatan asabiyah.

d. Dalam banyak perkara, PAS sanggup menggadai ketentuan Allah azza wa jalla bagi kepentingan politik Pakatan Rakyat dari kepentingan hakikiknya sebagai satu wadah perjuangan Islam. Contohnya: penjualan arak dalam kalangan orang Islam di Shah Alam, Selangor, penjualan arak kepada golongan kaffir di Kelantan; penempatan kuil berhala ditengah-tengah kawasan majoriti Islam juga di Shah Alam, Selangor.

e. Persetujuan pemimpin tertinggi dan Ulama PAS agar kalimah "Allah" dibenarkan penggunaannya oleh golongan kaffir musyrikin merupakan satu kezaliman yang sukar di terima. Memandangkan ianya terbit dari parti yang menggelar dirinya Islamik, persetujuan ini sekaligus meletak Islam samarata dengan kepercayaan karut marut dan syaitaniah kuffar yang lain, sesuatu yang dilaknat oleh Allah azza wa jalla serta Rasulnya. Bahawa pemuka-pemuka PAS sanggup menggadaikan prinsip yang pernah dipegang Hadi Awang (lihat kitab Aqidah Muslim; terbitan CG Edar, 1989 yang juga diutarakan dalam blog ini) mendedahkan kepada kita akan kebobrokan ilmu agama dan kebejatan moral keahlian dan saf kepimpinan PAS yang di selubungi kecintaan dunia (hub'n dunya) untuk kuasa dan kebendaan.

f. Dengan membenarkan kaffir menjadi wakil rakyat atas tiket PAS, maka PAS telah membuka jalan untuk ideologi Islam dicabul oleh golongan kaffir. Lantaran bahaya inilah, maka mana2 sekalipun Gerakan Islam tidak pernah bersekongkol dengan kaffir untuk menjelmakan Negara Islam.

Hujah sesetengah ulama dan pengikut PAS bahawa mereka hanya berpura2 menipu sahabat kuffar PR (menggunakan strategi taqqiyah) adalah tidak berasas sama sekali kerana Taqiyah hanya boleh diaplikasi dalam keadaan terdesak dimana nyawa seseorang diancam sepertimana dalam kes Ammar bin Yassir (radhiallahu'an) dimana ianya dikupas secara panjang lebar oleh Hadi Awang dalam kitabnya : Aqidah Muslim (terbitan GC Edar; 1989).

Berdasarkan hujah dan dalil diatas, jelas PAS telah menyeleweng jauh atau sesat akidahnya sehingga berada diambang murtad kalaupun belum murtad. Ini adalah disebabkan pemimpin dan pengikut PAS bukan seperti pemimpin dan pengikut UMNO, telah bersumpah melandaskan perjuangan berasaskan Al-Quran dan Sunnah tetapi membelakangi sumpah tersebut lantas kemunafikan mereka. Hatta perbuatan bersumpah dengan nama Allah dan menyelewengi sumpah tersebut adalah dosa besar apatah lagi apabila Rasul sendiri pernah mengaitkan kemunafikan dengan pendustaan dalam berjanji dengan sabda baginda mafhumnya : "apabila janji, ia (munafik) khianat.........". Kesesatan PAS paling ketara apabila mereka akur dengan ketentuan DAP bahawa konsep negara Islam tidak akan dilaksanakan dan pemimpin tertinggi dan pelapis mereka murtad apabila mengiakan penggunaan kalimah Allah oleh golongan musyrikin katholik.

Kesimpulannya, jelas tidak wujud Gerakan Islam di Malaysia. Yang ada hanyalah parti politik yang dianggotai Melayu-Islam yang bergerak dalam kerangka politik ala demokrasi ciptaan kuffar-sekularis dan yang menggunakan Islam bagi meraih sokongan seperti PAS yang mengabui masyarakat dengan pakaian, rhetorik dan kewarakan luaran bagi mengecapi kuasa yang didamba secara tersirat. Sebab itulah Mursyidul Amnya berkata ia mencontohi Rasul bagi menipu umat Islam Malaysia walhal keseluruhan manhaj perjuangannya mirip kepada manhaj Abu Lahab dan Abu Jahal. Benarlah sabda Rasul mulia yang mafhumnya:

" mereka mengungkap ayat suci AlQuran dengan lunak dan berkata-kata tegas mengenai Islam tetapi setiap kali kata2 mereka melewati halkum, mereka terkeluar dari addeen (Islam) sepertimana anak panah meninggalkan busurnya ..........."

Semoga kita dipelihara oleh belas kasihan Allah azza wa jalla dari terjebak dalam kesesatan dan dijauhkan dari bahang api neraka. Mudah2an juga iman kita tetap terpelihara sehingga akhir hayat. Wallahualam.
* PKR tidak diperbincangkan kerana ia dianggotai oleh kaffir, golongan orientalis, golongan liberal, munafikun dan golongan athies tegar.

Revert : Syukran, al-Ustaz kerana membuka mata pembaca kepada kebenaran dengan hujah anda yang sarat dengan bukti dan dalil yang kukuh. Semoga usaha saudara diberkati Allah subhana wa'taala. UMNO-walaupun bukan Islamik sekurang2nya tak hipokrit. PAS? Jijik dan meloyakkan!!. Pada saya kira haram berimamkan imam PAS, menjamah sembelihan mereka maupun menikahi keturunan mereka. Juga kajian saya menunjukkan bahawa asalnya PAS adalah hasil usaha komunis Indonesia. Pendedahan ini akan saya buat tak lama lagi, inshaallah


No comments: