Today, I will present the views of a friend and a well-versed scholar of Islam Al-Fadhil Ustaz Shawalludin regarding Islamic politics in Malaysia. It is a 2 part series and hopefully you will gain a true understanding as to what constitutes a true Islamic struggle in the context of the Sunnah wal-Jamaah.
Mukadimah
Untuk memahami apa itu sahsiah syariah atau urusan pemerintahan/kerajaan dalam Islam, perlu terlebih dahulu memahami apa dia politik menurut perspektif Islam. Perlu ingat bahawa kupasan ringkas ini akan mengutarakan aspek-aspek umum dan tertentu dalam kerangka pegangan Sunnah wal-Jamaah yang bertujuan membentangkan kepada pembaca mengenai apa dia maksud Perjuangan Islam itu dan tidak akan menyentuh tentang intipati perjuangan mana-mana pihak secara terperinci.
Politik menurut perspektif Islam
Dalam epistemologi Islam, tidak wujud paradigma yang dinamakan politik apatah lagi cabangnya demokrasi. Ini adalah kerana, Islam menolak secara total kaedah berpolitik yang dirangka golongan kuffar-sekularis kerana ia tidak berpaksikan ketentuan Allah azza wa jalla. Justeru itu kaedah parti politik, demokrasi, pilihanraya dan kesemua yang berkaitan dengan politik ala acuan sekularis di sanggah kerana Islam bergerak bagaikan satu organisma yang syumul lagi holistik. Dalam ertikata lain, politik tidak terpisah bagaikan juzuk dari badan organisma berkenaan tetapi bersifat melengkapi bagi menentukan aspek fungsional organisma tersebut bergerak lancar.
Hakikat bahawa politik ditolak telah umum diketahui. Malah dalam zaman junjungan Rasulullah (SAW) sendiri tidak wujud konsep-konsep seperti demokrasi, pilhanraya dsabnya kendatipun timbul situasi2 yang memerlukan seperti perlantikan gabenor, ketua bala tentera maupun imam. Kesemuanya diselesaikan dengan bijaksana oleh Rasulullah yang menggunakan akal yang dikurniakan Allah azza wa jalla sehingga diturunkan wahyu bahawa segala ucapan dan perlakuan Rasul adalah dari Allah semata-mata. Politik dikatakan bertapak setelah wafatnya rasul tetapi anggapan ini juga tidak benar memnadangkan ada riwayat sahih dan mutawatir yang menyatakan bahawa rasul telah menetapkan pengganti baginda melaui hadis Ghum al-Khidr yang masyur itu. Kendatipun ini dipertikaikan perlu diingatkan bahawa perlantikkan Abu Bakar as-saddiq adalah berdasarkan musyawarah dan konsensus dimana tiada berlaku pilihanraya kerana calon yang layak seperti Ali (as) tidak hadir kerana menguruskan jenazah nabi. Hatta, tradisi tidak berpolitik ini diteruskan dlam perlantikan Umar Al-Khattab dan Usman Affan serta Ali (as). Kesemua peristiwa2 ini jelas mengisyaratkan kepada kita bahawa politik ala demokrasi tidak pernah diamalkan dizaman rasul dan pengganti baginda apatah lagi apabila Khilafah berasaskan dinasti bertapak untuk 1200 tahun berikutnya.
Perlu ingat bahawa pengetahuan tentang demokrasi telah lama bertapak sebelum kemunculan Rasul bermula di Yunani kuno iaitu dari zaman Athens lagi dan sudah tentu Allah azza wa jalla dengan limpah kurnia ehsanNya menetapkan demokrasi sebagai jalan menyelesaikan kemelut bagi memudahkan urusan umat Rasul tersayang jika ianya jalan yang diredhai . Gamplang sudah bahawa jalan menegakkan syariat Islam adalah menerusi jihad semata-mata yakni mata pedang bukan demokrasi.
Bersandarkan hakikat sejarah inilah ulamak-ulamak muktabar seperti Maududi, dan lain-lain tegas dan yakin menolak pendekatan demokrasi. Pendapat ini bersanadkan nas dan dalil yang kukuh seperti yang telah pun dihuraikan disini oleh pemilik blog.
Setelah memahami hakikat ini, perlu difahami juga apa yang digelar Gerakan Islam apabila mengupas isu politik dalam kalangan orang Islam dewasa ini.
Gerakan Islam
Pada dasarnya Gerakan Islam adalah gerakan yang ideologinya bersandarkan pada Quran dan Sunnah (yang di cungkil dari Hadis Sahih lagi Mutawatir)semata-mata serta Qias dan Ijma menurut pegangan ahl-sunnah jamaah Secara teorinya, gerakan Islam adalah menjurus kepada penjelmaan semula “Islam as a way of life” yang dipraktikkan pada zaman Nabi. Justeru itu, ianya bersifat jihadis (berjuang) dalam memajukan agenda Islam tersebut. Walaupun begitu, Gerakan Islam juga tidak terlepas dari dinodai oleh unsur2 bida’ah, obskurantis(jumud) dan devian (sesat). Dalam kerangka perjuangan Gerakan Islam pun terdapat continuum yang melebar diantara golongan yang bersifat militan dan revolusioner yang mengutarakan jihad bersenjata seperti Taliban berbanding golongan yang mengutarakan jihad kebendaan (ekonomi) seperti Al-Arqam. Walau apapun pendekatan yang digunapakai atau kesahihan intipati perjuangan berdasarkan manhaj Islamiah, Gerakan Islam pada umumnya memiliki 3 kriteria asas yang serupa:
1. Gerakan Islam adalah bersifat anti-politik sekularis. Penolakan akan pendekatan demokrasi dan metodologi pilihanraya serta penyanggahan terhadap sekularisma dan segala bentuk epistemologi sosio-ekonomi sekularis meletakkan gerakan Islam diluar pengaruh dan orbit golongan kuffar-sekularis. Penolakkan total ini mengakibatkan gerakan Islam sering dicap ekstremis, radikal, fanatik, isolationisma dsbnya kerana perjuangannya tidak secocok dengan weltanschung atau worldview sekularis-kuffar yang menolak kebenaran Allah azza wa jalla sama sekali. Maka sering timbul pandangan dan pendirian (sila lihat Huntington “The Clash of Civilisations” ) bahawa gagasan Islam adalah inimical atau bertentangan dengan worldview secular Judeo-Christian yang dicanangkan oleh Amerika Syarikat yang memperalatkan politik ala demokrasi untuk menyebarkan dakyah anti-Islamnya. Dalam konteks ini Amerika adalah seangkatan dengan Abu Jahal, Abu Sufyan zaman Rasulullah (S.A.W).
2. Gerakan Islam tidak pernah bersekongkol dengan mana golongan kuffar-sekularis maupun menerima keahlian mereka dalam menjayakkan perjuangan. Ini adalah kerana ideologi sekularis-kuffar adalah anti-thesis kepada ideologi Islam yang syumul dan seperti tidak akan berbaurnya minyak dan air begitu jualah tidak akan berbaur yang hak dan yang batil.Tambahan pula, pemisahan ini juga untuk mengelak ideologi gerakan Islam dari dinodai kebatilan yang dibawa ahli kuffar atau dari disabotaj dari dalam oleh desakan atau pemikiran ahli kuffar. Jadi adalah omong2 semata-mata untuk berdalih bahawa golongan kuffar faham maupun cenderung kepada Islam. Ini adalah kerana jika mereka boleh melihat kebaikan Islam sudah pasti mereka menerimanya sebagai Addeen mereka. Gamplang sudah bahawa keengganan mereka bertitik tolak dari kebencian tersirat pada agama Allah dan niat jahat mereka untuk merobek Gerakan Islam dari dalam. Ada banyak ayat Quran yang memberi amaran tentang niat jahat ini dan keadaan kuffar pro-Islam disamakan dengan binatang yakni, boleh melihat tetapi buta hati, boleh mendengar tetapi pekak kalbu.
3. Gerakan Islam yang ikhlas perjuangannya bersifat tarbiyah dan akan cuba memulihkan akidah umat Islam lain yang sesat bukan mengutuk atau mencerca mereka. Lihat sahaja kaedah junjungan kita menangani masalah golongan munafik di Mekah bawah pimpinan Abdullah Ubai. Baginda Rasul tidak pernah menyisihkan mereka dan berusaha membetulkan akidah mereka dengan seruan baginda dan amaran wahyu . Hanya bila Abdullah mati, maka Rasul mengambil tindakan memulau urusan pengebumiannya berdasarkan larangan Allah azza wa jalla sebagai isyarat bahawa kematian merupakan garis pemisah muktamad antara yang hak dan yang batil. Maka tidak timbul soal kafir mengkafir di zaman Rasulullah seperti yang melata dewasa ini di Malaysia.
Dalam nukilan akan datang, penulis akan mengguna 3 kriteria diatas bagi menilai samada wujud Gerakan Islam di Malaysia serta samada persada politik tempatan hanya diwarnai oleh penyertaan parti politik yang dianggotai Melayu-Islam yang bergiat dalam kerangka demokrasi rekaaan sekularis-kuffar.
Revert: Inshaallah, we can get a better picture about those who claim to be Islamists.
No comments:
Post a Comment