Sunday, August 29, 2010

BERAMAL BIARLAH DENGAN ILMU

1.Hukum yang digunakan bagi membolehkan kaffir najasat mendekati masjid adalah berasaskan fatwa yang dinukilkan dalam I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi:

2. Perlu diingat az-Zarkasyi bukanlah seorang ulamak ulung. Tambahan pula, aqidah beliau, berbanding dengan ulama As-Sunnah lain, adalah bersandarkan Assyariah:

Yang mulia Doktor Abdur Rahim dalam penelitiannya (terhadap biografi Imam Az-Zarkasyi rahimahullah) menetapkan bahwa Imam Az-Zarkasyi adalah beraqidah Asy’ari, ditemui hal itu dalam beberapa kitab Imam Az-Zarkasyi seperti dalam ‘Kitab Luqathatul ‘Ijlaan’, dan ‘Makna Laa ilaa ha illallah’.
Beliau berkata yang maknanya, “Bahwa Imam Az-Zarkasyi tidak menempuh jalan sebagaimana yang ditempuh oleh Ahlus Sunnah dalam menetapkan perkara-perkara aqidah, bahkan ia meniti jalannya Asya’irah (Asy’ariyah) dalam pembahasan dan diskusi-diskusi masalah-masalah aqidah tersebut”. dan telah dinisbahkan kepada beliau tentang aqidahnya yang asy’ariyah itu pada halaman-halamn pertama pada kitab ‘Al-Azhiyah fi Ahkamil Ad’iyah’. Mudah-mudahan Allah Ta’ala mema’afkan dan mengampuni kesalahan-kesalahan beliau, dan memberikan petunjuk kepada kita semua kepada jalanNya yang lurus.

dari:http://blog-eblog.blogspot.com/2010/01/imam-az-zarkasyi-penulis-kitab-al_2671.html

3. Hadis yang dirujuk beliau tidak diperincikan. Namun pegangan umum mazhab Shafie adalah berdasarkan hadis Bukhari berkaitan tawanan perang yang telah saya perincikan dalam nukilan terdahulu. namun perlu di perhatikan pekara-pekara berikut:

a. Kaffir itu tawanan perang bukan datang dengan kerelaan sendiri.
b. Ia ditambat pada tiang masjid dan sudah tentu jauh dari ruangan solat.
c. Tambatan tersebut mungkin satu darurat yakni kaum Muslimin menawannya hampir masuk waktu solat dan terpaksa menahannya sedemikian bagi tujuan menunaikan yang lebih utama.

Juga di sana, ada hadis berhubung larangan wanita berhaid mendekati ruang solat apatah menginjakkan kaki kedalam masjid.
Soalan sampingan: adakah TEO NIE CHING TIDAK HAID KETIKA BERDIRI BERCERAMAH TANPA BERAURAT DIRUANG SOLAT KHUSUSNYA TEMPAT SUJUD?

4. Untuk penjelasan tentang haramnya kaffir memasuki masjidsila lihat pendapat al-mazuni :

anak murid Imam Syafie yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya, beliau menyatakan TIDAK HARUS bukan Islam memasuki masjid apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja. Sila lihat perbincangan disini:

Al-Mawardi memetik kata Al-Muzani iaitu :-

لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع حرمته وتشريفه فلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان المشرك أولى
Ertinya : Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)


Pandangan al-Muzani mirip dengan pendirian JAIS di bawah dalam isu pencerobohan masjid oleh Xavier Jeyakumar:


Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.

"Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

sumber:disini

6. PERLU DIINGATKAN KEPADA NIK AZIZ, MOHD ASRI, MANUTY DAN KONCO-KONCO ANTI-ISLAM MEREKA, TEO NIE CHING TIDAK MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN SEKALIPUN MASUK MASJID DIHARUSKAN BUAT KAFFIR OLEH SETENGAH2 ULAMAK MAZHAB SYAFIE!!!

AKHIRKATA, memandangkan khalifah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz berpendirian MELARANG kaffir menginjak masjid sudah cukup bagi mengisyaratkan pada pembaca kalian samada hendak mengikut kesesatan ulama akhir zaman yang pincang ilmu atau menjejaki jalan seorang ulul' amri yang sering dijolokkan sebagai khulafa ar-rashyidin kelima oleh pengikut mazhab sunnah wal-jamaah.

Sekian. Wallahualam

No comments: