Sunday, September 05, 2010

Tipu Daya Nik Aziz Menghalalkan Yang Haram dalam Bulan Ramadhan

Al-Mawardi memetik kata Al-Muzani iaitu :-

لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع حرمته وتشريفه فلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان المشرك أولى
Ertinya : Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)


Saya tertawa melihat telatah Nik Aziz Nik Mat tanpa segan silu dan maruah Islamiah cuba menghalalkan yang haram berdasarkan dalil-dalil yang dhaif yang jelas menggambarkan kedangkalan ilmu agamanya.

Sebenarnya peristiwa Teo Nie Ching menceroboh ruang solat dan berdiri di tempat sujud makmum dalam keadaan tidak beraurat perlu di perhalusi dari kacamata syarak bukannya silapmata politik seperti yang dimainkan oleh Nik Aziz dan konco2nya yang munafik sperti Dzulkafli Kuala Selangor serta diturut serta oleh pendokong "bebasnya" Mohd Asri...

Pokok isu ialah samada

a. wanita ajnabi kaffir berhak memasuki ruangan solat masjid dan surau
b. tatacara memasuki kawasan berkenaan jika ada alasan syarie yang membolehkan demikian.


Jawapan untuk (a) jelas yaitu, wanita dan lelaki kaffir tidak dibenarkan memsauki ruang solat mana-mana masjid atau surau atau bilik sembahyang sekalipun kerana mereka berkeadaan najis.

Dalam kasus wanita seperi Teo, larangan ini lebih berat lagi memandangkan ia mungkin juga berada dalam keadaan tidak suci akibat kedatangan haidh:

Sabda Nabi; “Sesungguhnya tidak halal (yakni tidak harus) masjid bagi wanita haid dan orang berjunub” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.)


Apakah larangan-larangan Syarak ke atas wanita Islam yang kedatangan haid?

Wanita kedatangan haid dilarang/diharamkan oleh Syarak untuk melakukan perkara-perkara berikut;

a) Mengerjakan solat
b) Melakukan tawaf
c) Menyentuh mushaf dan membawanya
d) Membaca al-Quran
e) Berhenti atau menetap di dalam masjid (termasuk beriktikaf)
f) Melintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid..............


Jelas diatas bahawa wanita muslim yang didatangi haidh dan wanita dan lelaki muslim yang berkeadaan junub dilarang memasuki masjid/surau/bilik sembahayang. Dan jika berpaksikan prinsip Qias, kalau tegahan seumpama itu boleh dikaitkan dengan yang beragama Islam yang mengucapkan kalimah, sudah tentu ia lebih haram lagi buat bukan Islam kaffir yang mempermainkan kalimah.

Untuk menyokong hujah di atas lihat kenyataan JAIS:

"Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid."


Walhal 'keadaan' najis kaffir itu tampak diperkuatkan dengan dalil lain, dimana orang kaffir yang memeluk Islam diwajibkan mandi junub buat membersihkan diri dari status najis tersebut. Perhatikan apa yang diriwayatkan dalam 2 hadis berikut:

1. Tsumamah al Hanafi ditawan oleh kaum muslimin. Nabi saw mendatanginya di waktu pagi. Beliau bersabda,”Apa keinginanmu, wahai Tsumamah? Jawabnya,”Jika engkau membunuhku maka engkau telah membunuh orang yang berdamai. Jika engkau membebaskanku maka engkau telah membebaskan orang yang tahu berterima kasih. Jika engkau menghendaki harta maka kami akan memberikan kepadamu berapapun yang engkau pinta. Para sahabat Rasulullah saw menginginkan tebusan, mereka berkata,”Apa manfaatnya jika kita membunuhnya?’ Pada hari berikutnya, Rasulullah pun lewat lagi. Lalu Tsuamamah masuk islam. Ia pun dibebaskan dan Nabi saw memerintahkan Tsumamah agar dibawa ke kebuh Abu Thalhah dan disuruh supaya dia mandi di sana. Tsumamah pun mandi dan mengerjakan shalat sebanyak dua rakaat. Nabi saw bersabda,”Saudara kalian ini islamnya baik.” (HR. Ahmad,bersumberkan Bukhori dan Muslim)—(Fiqhus Sunnah juz I hal 64 – 67

2. Qubais bin ‘Asim r.a berkata:

Aku telah menemui Nabi s.a.w kerana ingin memeluk Islam. Lalu baginda memerintahkanku supaja mandi menggunakan air biasa dan air bidara. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Ibn Khuzaimah. Al-Albani mensahihkannya dalam Sunan Abu Daud)


Berhubung hadis no 2 ini, Abu Bakar Ibn al-Mundzir r.h berkata:

Ulama berbeza pendapat mengenai orang kafir yag memeluk Islam. Sebahagian mereka berpendapat berdasarkan zahir hadis bahawa dia perlu mandi kerana Nabi s.a.w memerintahkan hal itu. Jelasnya, perintah itu berbentuk wajib. Ini kerana, orang kafir tidak terlepas daripada berjunub ketika dia masih kafir sama ada disebabkan bermimpi atau jimak sedangkan dia tidak pernah mandi junub. Sekiranya dia telah mandi, tentulah perkara itu tidak berfaedah baginya kerana mandi disebabkan berjunub termasuk salah satu daripada perkara fardu. Dia tidak boleh melakukan mandi junub kecuali selepas beriman.” (Rujuk al-Ausot, jil. 2, ms. 114-115 dan Ma’alim al-Sunan, jil. 1, ms. 95)

dan disana terdapat beberapa pendapat ulama lain yang memperkuatkan lagi bahawa orang kafir itu najis dan wajib mandi junub berdasarkan hadis tersebut:

1.Ibn Qudamah r.h berkata:

“Hadis menunjukkan bahawa apabila orang kafir telah memeluk Islam, dia wajib mandi junub sama ada dia kafir ash atau disebabkan murtad.” (Rujuk al-Mughni, jil. 1, ms. 274-275)

2. A1-Syaukani r.h berkata:

Hadis ini menunjukkan bahawa disyariatkan mandi junub bagi sesiapa yang memeluk Islam. (Rujuk Nail al-Author, jil. 1, ms. 281 dan Subul al-Salam, jil. 1, ms. 179)

3. Syeikh Ibn ‘Uthaimin r. h berkata:

“Apabila orang kafir memeluk Islam, dia wajib mandi junub sama ada kafir asli atau disebabkan murtad.” (Rujuk al-Syarh al-Mumti’, jil. 1, ms. 284)

Di sana juga terdapat juga hadis lain yang membawa implikasi bahawa yang kaffir itu najis berbanding dengan yang Islam. Cuba perhatikan hadis ini dan fahami implikasinya berhubung yang kaffir:

"Sabda Nabi s.a.w.: “Seorang muslim tidaklah najis” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Maka kesemua dalil diatas bila di tambah kepada fatwa Al-muzani yang telah saya kemukakan disini mengisyaratkan kepada kita bahawa kaffir itu najis dan dengan yang demikian terlarang dari (paling kurang) memasuki ruang solat masjid/surau/bilik sembahayang kerana dikhuatiri akan mencemarkan kesucian tempat solat dan sujud dengan najis yang ditanggungnya samada dalam situasi berjunub, haidh atau sewaktu dengannya.

B. Kita berkisar kepada maslahat kedua yaitu :b. tatacara memasuki kawasan berkenaan jika ada alasan duniawi yang membolehkan sedemikian.

Sebabnya menurut usul fiqh dan pendapat jumhur, situasi (b) tidak mungkin timbul kerana (a) dengan jelas mengharamkan Kaffir memasuki ruang solat kawasan masjid/surau/bilik sembahayang. Namun begitu disebabkan percaturan politik oleh makhluk seperti Nik Aziz Nik Mat Dzulkefli Kuala Selangor dan Mat Asri Permatang Pauh dan sewaktu sesat dengan mereka, keadaan ini telah dibolehkan atas alasan duniawi.

Namun begitu, Allah azza wa jalla Maha Mengethau segala putar belit mutaligat maknusia yang kempunan pujian tetapi kemaruk iman. Perhatikan dalam gambar2 TNC, beliau dengan jelas menyanggahi segala adab memasuki rumah ibadat Islam seperti tersirna oleh (NONO 1,2 dan 3: Joceline Tan yang juga merupakan syarat2 JAIS.

Jelas sekali bahawa :

1. Teo Nie Ching dengan angkuh dan sengaja memperlekehkan ketetapan JAIS dan MAIS berhubung adab dalam masjid/surau walaupun sedar akan peri laku kurang ajar Xavier Jeyakumar dan Teresa Kok sebelum ini.

2. Apabila isu ini digemburkan oleh Umat Islam yang masih beriman dan prihatin serta bebas dari cengkaman politik jahiliyah sekular, maka TNC dan DAP tersentak dengan amarah golongan beriman yang secara tidak langsung juga menyedarkan saudara seIslam mereka yang lain dari kealpaan yang menyelubungi mereka.

3. Berdepan dengan kemarahan Melayu/Islam yang membuak, maka DAP dan TNC secara peribadi mengadakan publisiti stunt didepan kamera bersama-sama apologis DAP no 1 yakni Nik Aziz Nik Mat dimana DAP menggunakan (leverage upon)"ketokohan ulama" beliau sebagai MurSYITdoll Am bagi mengeluarkan ketetapan palsu beliau menyanggah pendapat jumhur ulama dalam usaha "damage control duniawi" meskipun kepentingan ukhrawinya (iman) digadai dipersada politik dan dibawa arus.

4. Maka timbullah gambar hiasan dalam Star (yang juga bersekongkol secara tidak langsung dalam memenangkan DAP) di mana TNC duk taksub dan zuhud mendengar "dakwah" NANM. Pacal nak tanya sikit:

a. Gerangan mana tetiba dapat baju kurung yang sopan itu setelah berkebaya sendat SIA dalam surau?

b. waduuuh! tertib, skima sungguh pose dengan penuh zuhud dengar celoteh kosong NANM saban seminggu angkuh berdiri bergoyang pinggul bertazkirah dalam surau! Entah-entah masuk telinga keluar lubang ----!!! dengan "What gibberish are you spouting, old crackpot" menari-nari dalam minda.........

c. Tetiba DAP mengharapkan sentuhan ajaib seorang "tok guru" kerepot baru seminggu sudah membalunnya dalam akhbar kerana berani bercakap pasai hudud untuk Melayu/Islam sahaja.. Dan "tok guru" kerepot bagaikan Tipah tertipu lagi jua...kantoi...hancus.


Sang Kerbau: Hebat...wahai pendita kebenaran. Izin jelaskan pula kisah Kristian Najran memasuki masjid.

Revert: sabar wahai kerbau kesayanganku ...akan ku dedahkan kebenaran itu serta menceritakan apa sebenarnya muslihat DAP, TNC, Nik Aziz Nik Mat.................

No comments: