Monday, September 06, 2010

Menggunakan Peristiwa Mubahalah Untuk Kepentingan Politik Asabiyah PAS

1. Umat Islam umum mengetahui bahawa Peristiwa Muhabalah berkaitan rapat dengan apa yang didakwa kehadiran Kristian di perkarangan masjid dan kehadiran ini menjadi dalil yang cukup mengikut setengah pendapat bagi membolehkan kaffir termasuk Kristian menceroboh ruang solat walaupun mereka di sepakati ulama tergolong dalam kategori " Najis".

2. Pokok persoalan kali ini bukanlah Peristiwa Mubahalah ( yang saya sudah kupas bagi menunjukkan bahawa kalimah suci dan asma-al husna "Allah" HARAM digunakan oleh Kristian atau mana2 pihak sekalipun yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul (SAW) tercinta).

3. Pokok perbincangan ialah benarkah Rasul (SAW) MENGIZINKAN KEHADIRAN mereka dalam masjid secara rela?

4. Jawapan kepada persoalan ini akan menjawab kekeliruan yang timbul menerusi pendapat yang tidak berdalil dan bernas yang di keluarkan oleh pemuka-pemuka Wahabi tempatan yang dikepalai Nik Aziz Nik Mat dan Mat Permatang Pauh aka Pensyarah sesat USM. (Pembaca kalian: Nik Aziz menerima tarbiyah Islamiah awalnya di Madrasah Darul Uloom, markas mazhab sesat Deobandi yang sebenarnya bersekongkol dengan Wahabbi Internasional tajaan Amerika/ Arab Saudi yang dikepalai oleh Brother Osama Bin Laden, operatif dan agen pendua CIA yang terkenal dan yang tidak boleh dikesan Amerika kerana "ghaib". Apa muslihat mereka kalian dalam kerangka geo-politik dunia, kita lihat dalam nukilan lain kelak).

5. Sebenarnya dari banyak hadis dan riwayat peristiwa itu yang saya kutip dari pelbagai sumber tawarikh Islamiah samada Sunnah maupun Shia bersumberkan riwayat yang memberi maksud yang sama dikeluarkan oleh sebahagian para muhaddisin dan mufassirin di antaranya At-Thabari di dalam Zakhairul ‘Uqba, Al-Kanji As-Syafie di dalam Kifayat Ut-Talibnya, Al-Hakim di dalam Mustadraknya, Abu Naim di dalam An-Nubuwah, Fakharuddin Ar-Razi di dalam tafsirnya, Ibnu Asir di dalam kitab Usdul Khabah, Basth Ibnu Jauzi di dalam Tazkirah, Al-Qurtubi di dalam Al-Jamiul Lil Ahkamil Quran, Al-Baidhawi di dalam Tafsirnya, Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam Isabah serta Sahih Muslim: jil 7, ms 120, Fathul Bari, jil 8, ms 74,At-Tarmizi, jil 2, ms 200, Musnad Ahmad Ibnu Hanbal, jil 1, ms 185, An-Nasai, jil 4, ms 16, Tafsir At-Thabari, jil 3, ms 192 dan Ad-Dur Ul-Mansur, jil 2, ms 38 dan Fakhrurazi, jil 8, ms 85 menunjukkan bahawa tidak satu pun mengisyaratkan bahawa yang Rasulullah (saw) MEMPELAWA Kristian Najran kedalam masjid baginda di Madinah. Sebaliknya apa yang jelas dalam sirah dan riwayatkan perawi adalah:

A. Rasullah selesai menyempurnakan solat Asar dan di datangi paderi Kristian bertanyakan isu yang akhirnya mencetuskan peristiwa Mubahalah.

B. Bahwa mereka berada didalam masjid tidak dipertikaikan tetapi perlu difahami mereka menceroboh masjid berkenaan tanpa pelawaan. Masakan Nabi dan para sahabat tidak mengetahui larangan terhadap memasuki masjid untuk bukan Islam sehingga ada yang bersedia mengusir rombongan Najran itu tetapi di tegah baginda Rasulullah"

"When the time of their prayer was due, they prayed in the mosque towards the eastern direction. Thereupon the Prophet (peace and blessings be upon him) said (to his Companions), “Leave them (to perform prayer).”

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543870&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE#ixzz0yrzLo0Ik

Kalau kaffir dibenarkan singgah di msjid, masakan sahabat yang mengenali hukum bertindak ingin menghalau mereka seperti yang tersirat dalam petikan di atas sehingga Nabi terpaksa memerintah: "Leave them...........".

6. Malah, penentuan tempat mubahalah keesokannya itu sendiri menunjukkan bahawa masjid itu "out of bounds to Kaffirs" kerana sudah tentu di sana lebih afdhal Rasul mengadakan mubahalah DIDALAM masjid dari di tengah padang.

7. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa dalil membenarkan kaffir memasuki masjid berlandaskan kisah peristiwa Mubahalah adalah tidak kukuh kerana bukti menunjukkan bahawa kemasukan rombongan Kristian kedalam masjid Nabawi adalah atas INISIATIF mereka sendiri dan BUKANNYA pelawaan Rasulullah dan kehadiran mereka dalam masjid berkenaan adalah berdasarkan hikmah Rasul bersanda rkan hukum/adab mengurus tetamu. Wallahualam.

No comments: