Friday, August 01, 2008

Antara Tuan dan Hamba : Penglipurlara Berulang Semula

Ketuanan Rakyat akan mementingkan rakyat dahulu, bukan mementingkan keuntungan maksimum. Rakyat itu ialah kita semua – bukan orang Melayu sahaja: Hishammudin Rais (http://malaysiakini.com/columns/86952)

Saya ketawa terbahak-bahak membaca nukilan si badut ini dalam ruangan pojok sebuah akbar picisan yang diterbitkan diruang maya. Dalam mengkritik kerangka ideologi songsang "ketuanan Melayu", penulis beria-ia menyelitkan propaganda untuk mewar-warkan ideologi "ketuanan rakyat". Pada hemat saya , kedua-duanya dari segi epistemologi adalah serupa kerana berpaksikan kepada paradigma tuan/hamba. Cuma bedanya terletak pada penjelmaan konsep berkenaan dalam alam nyata. Ketuanan Melayu berpaksikan konsep "racial supremacy" yakni gelaran ketuanan ditakrifkan sebagai empunya suatu bangsa manakala konsep "ketuanan rakyat" berpaksikan pada konsep ketuanan sejagat yakni kosnsep ketuanan tidak menjadi monopoli sebarang bangsa. Secara lahiriah dan dari kaca mata ekonomi, perkembangan ini mencerminkan keruntuhan suatu monopoli dan kelahiran satu alternatif atau lebih tepat lagi duopoli dalam pasaran politik tanah air.

Tetapi penulis tidak berusaha untuk menerangkan samada ketuanan seumpama itu benar-benar boleh wujud atau merupakan omong2 semata-mata. Kalau dilihat dari perspektif pemerintahan,nyata konsep "ketuanan rakyat" seperti jua ketuanan Melayu akan berkisar disekitar pardigma pemerintah dan yang diperintah. Dan jika diselidik dengan lebih mendalam, nyata sekali golongan bakal pemerintah ini terdiri dari golongan masyarakat atasan yakni bekas ahli politik, bekas golongan korporat, golongan elit agama, golongan elit intelektual dan seribu satu golongan elit ynag bersekedudukan semata-mata untuk berkuasa diatas pundak rakyat marhaen. Ketuanan rakyat apa mendenya kalau gitu, jika nilai-nilai keluhuran agama dan budaya diperkotak katikkan semata mata kerana kerakusan untuk berkuasa. Ketuanan apa mendenya jika nilai-nilai liberal sekularisma mewarnai persada politik dan persamaan apa mendenya jika punca-punca ekonomi dikuasai oleh golongan bourgeois yang baru dari segi nama tetapi yang serupa fikrahnya dengan yang baru lalu. Ketuanan rakyat apa mendenya apabila sesuatu kaum mendominasi persada politik di Pulau Pinang dan memegang peranan penentu kuasa (power broker) di Perak dengan kuasa vetonya tersendiri. Bagaimana pula dengan kisahnya di Kedah dan Kelantan.

Blogger ini berpendapat ketuanan rakyat itu adalah satu mitos atau lebih tepat lagi satu fata morgana yang dicanang2kan bagi mengabui mata masyarakat marhaen sepertimana ketuanan melayu sebelumnya. Kedua-duanya menyimpan hasrat yang serupa : eksplotasi untuk kepentingan diri yang mana legitimasinya di perolehi melalui kaedah demokrasi laknatullah

No comments: