Sunday, November 02, 2008

PAS- MUNAFIK PETUALANG BANGSA & PENGKHIANAT BANGSA?

Prakata : Saya menulis dari perspektif berkecuali. Kalau PAS nak atau tak nak dengar, terpulanglah

Adakah PAS suatu partai yang memperjuangkan Islam atau satu organisasi yang dianggotai oleh golongan munafik dan anti-Islam. Saya mengutarakan persoalan ini kerana sejak kebelakangan ini, melalui kerjasamanya dalam Pakatan Rakyat (PR), pucuk pimpinan PAS terutama yang menerajui Dewan Ulama, cenderung mengiakan bidah dan kemungkaran yang nyata. Tambah parah lagi, ialah keenganan pucuk pimpinan PAS terutamanya Murshidul Amnya menerima hakikat yang PAS sebenarnya bersekongkol dengan golongan anti-islam yang berjuang untuk menegakkan sebuah pentadbiran bercorak liberal, pluralist dan sekular dimana peranan syariah akan ditiadakan dan agama akan berkisar dalam lingkaran individu (religion is kept out of public life). Apa tidaknya, memandangkan kebanyakan gerak geri pemimpin PR tertentu mirip kepada mengiakan keutuhan demokrasi ala kristian (Christian Democracy). Apa buktinya:

gerakan mengutarakan pemikiran bahawa kedatangan Islam di Malaysia diterima oleh masyrakat pribumi dalam bentuk adaptasi melalu proses syncretism. Dalam kata lain, ajaran Islam telah disebatikan dengan falsafah dan pandangan dunia sedia ada masyarakat ketika itu yang berpaksikan epistemologi Hindu-Buddha. Kaedah yang digunapakai adalah melalui pentafsiran semula hikayat2 lama bagi menonjolkan elemen adaptasi dan sinkretisma tersebut walaupun kerangka hujah amatlah pincang.

gerakan mengutamakan elemen Sufisma dalam pengamalan Islam tempatan. Tindakan ini bertujuan mengabui mata umum bahawa Islam di Nusantara, khususnya di Malaysia adalah berteraskan konsep spiritual dan mistik tanpa sebarang bukti bahawa Islam bersifat politik ( a political movement). Sekali lagi pendekatan ini bercanggah dengan hakikat sejarah.

gerakan menghalalkan benda yang haram dan lagha. Gerakan ini yang bermula dengan pengagungan pemuzik seperti Mawi, kian pesat dicanangkan seperti cadangan penubuhan School of Rock di Perak dan juga reaksi bisu Pas terhadap beberapa konsert yang menonjolkkan artis barat.

perubahan dalam paradigma pemikiran pucuk kepimpinan PAS yang dahulunya tegas tidak berkerjasama dengan Kuffar kepada jalinan hubungan dalam Pakatan dengan elemen2 yang jelas anti-islam dan syariah. Tambahan pula, pendekatan PAS terutama Mursyidul Am dalam mengakui persamaan sejagat nilai-nilai universal dengan nilai-nilai Islam adalah suatu petanda bahawa Pas telah meletakkan impian negara Islam di belakang dalam usahanya mengejar kuasa.

Amat ketara sekali bahawa PAS telah menyimpang dari perjuangan asal dan pemimpin2nya telah dihinggapi sindrom ”cintakan dunia”. Lebih parah lagi dengan bersekongkol dengan pemimpin Islam munafik tertentu bagi merealisasikan wadah perjuangan liberal-sekular dalam kerangka ”Christian Democracy”, pemimpin PAS kalau tidak bertaubat dan kembali ke perjuangan asal, layak di cop munafik yang berusaha bersama-sama kuncu-kuncu mereka untuk menegakkan sistem dajjal global seperti yang diwar-warkan oleh Amerika dan Israel.

Kepada pemimpin PAS, layarilah laman=laman berikut dan lihat bagaimana yayasan antarabangsa sedang bersama petualang bangsa dan agama dalam usaha mereka menghancurkan Islam di bumi Allah ini.

Revert:. Dahulu seorang ahli Pas, kini ahli Partai Allah. Inna ilahi wa inna ilahi rajiun.

Lampiran

Sila perhatikan keratan ini berhubung suatu yayasan yang menyokong beberapa individu politik, akademik serta NGO tempatan (klik more dibawah ”about us” untuk gambaran menyeluruh:

The Konrad-Adenauer-Stiftung offers political education, conducts scientific fact-finding research for political projects, grants scholarships to gifted individuals, researches the history of Christian Democracy, and supports and encourages European unification, international understanding, and development-policy cooperation.

Juga lawat: http://www.kas.de/wf/en/ dan
http://www.kas.de/proj/home/home/66/2/index.html

serta baca ini dari suatu lagi yayasan barat yang menyumbang kepda individu dan NGO tempatan : http://www.fnst-freiheit.org/webcom/show_article.php/_c-705/_nr-113/_p-1/i.html

No comments: