Friday, August 07, 2009

Parti Agama Syaitan = PAS

PAS berupaya membolosi diri. Ia dibantu DAP. Maka kesalahan membangkitkan isu arak diletakkan diatas pundak"ajen" UMNO, Hassan Ali. Arak pula boleh dijual dikawasan majoriti orang Islam. Dahulunya, ia tidak begitu. Tetapi sekali air bah semua berubah sepertimana prinsip PAS berubah bagaikan terbangnya sang merbah.

2. PAS mungkin teruja kerana berjaya. Ia mungkin berdalih keputusan dibuat MB. MB bukan orang PAS. Dia orang PKR. Tetapi PAS terikat kerana menganggotai Pakatan. Yang memerintah bukan PKR tetapi Pakatan. Ini bermaksud keputusan dibuat bersama, dipersetujui bersama. Maka kerana bersuhabat PAS tidak boleh lepas tangan. Ia mengiakkkan jualan arak. Kalau remaja Islam membeli dan meneguk air Syaitan, maka seolah2 PAS mengiakan. Lantas dapat disimpulkan PAS menghalalkan jualan arak. Menghalalkan yang haram perbuatan orang zalim. Orang zalim mirip orang Kafir.

3. PAS sayang akan DAP dari Islam. Bila DAP minta lembu PAS demonstran, maka berduyun2 lembu PAS kejalanraya, untuk merusuh. Bila DAP mintak PAS jangan tegakkan syariah, PAS terkincit. Bila Karpal Singh, pemuka DAP, mengherdik PAS, PAS terus kecut perut dan membisu. Bila DAP tohmah orang Islam seperti Pak Hassan sebagai ajen UMNO, PAS akur dan tepuk tangan. Tok2 Guru PAS senyum simpul. Mereka tak berani buat apa2. Teloq mereka digenggam DAP. Habuan dunia penting untuk PAS. Kuasa menjadi arak PAS. Maka bermaharjalela setan2 dalam PAS. Baik yang kecil atau yang dewas maupun yang tua bangka hanya tahu mencaci orang Islam lain. Memperkudakan orang Islam demi DAP. Membenarkan akidah remaja Islam makin parah.

4. Pernah satu ketika zaman Rasulullah (saw), ada seorang pemuka Madinah yang rajin mendirikan sembahyang. Megah dengan jubahnya, pemurah dengan dermanya. Mendirikan masjid yang indah, berdegar menyatakan tunduk pada syariat Islam dan mengibarkan panji Islam tetapi bila diajak berjihad ke Tabuk, kincit menghilangkan diri. Bukankah perlakuan orang ini mirip pada perwatakan pada sebahagian besar jemaah PAS. gerangan siapa orang ini, sehingga Rasulullah tidak menyembahayangkan mayatnya. Tidak lain tidak bukan Abdullah ibn Ubay laknatullah. Semoga pemimpin PAS memuhassabah diri bagi memastikan darah ibn Ubay tidak mengalir dalam tubuh mereka.:

"Dan apabila melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka: semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran) (QS. 63:4)"

1 comment:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih