Monday, August 23, 2010

Siapa Kata Hanya Karpal Singh Yang Kepala Batu?

1. Seawal dua dekad dulu apabila PAS dan DAP bersekongkol dengan Semangat 46, DAP telah dengan tegas menolak perlaksanaan hudud.

2. Selang 11 tahun kemudian, yakni pada 2001, bibit perpecahan gerombolan DAP, PAS dan PKR adalah berpunca dari keengganan DAP menerima dasar "negara Islam" PAS dan perlaksanaan hudud di Terengganu.

3. 8 tahun berlalu dan kini pada TM 2010, wayang kulit yang sama berulang lagi. Samada sedar atau tidak pemimpin PAS bagaikan burung unta membenamkan kepalanya dalam pasir, enggan menerima kenyataan bahawa DAP memperjuangkan sekularisma berpaksikan chauvinisma Cina ala Singapura. yang mana akan menjahanamkan ketuanan Melayu/Islam di Tanah Melayu buat selamnya. Ini bukan kenyataan rasis, ini hakikat sejarah yang sudah diukir pasca zaman Jepun lagi.

a.http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/23/nation/6902929&sec=nation
b. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newspolitic.php?id=523358

c. Renungilah petikan ini dan teliti bahagian yang bertanda biru:

Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.

“Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional.

“Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.

Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.

“Akan tiba masa nanti apabila kita perlu menghadapi hakikat ini. Bagaimana kita akan berkomrpomi?

“Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.

“Apa yang menyatukan Pakatan ialah PKR. Tanpa PKR ia akan kelihatan seperti yang sama sebelum ini,” kata Karpal. + (In welcoming the statement made by Parti Keadilan Rakyat (PKR) communications director Nik Nazmi Nik Ahmad that the implementation of hudud was not feasible, he (Karpal) said: "Pas should accept that turning Malaysia into an Islamic state is an exercise in futility and beyond fulfillment.)

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bukit Gelugor memberi jaminan perkara itu sentiasa dibincangkan oleh DAP.

Difahamkan DAP dan PAS hanya akan menangani isu ini apabila mereka memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam.

“Pemimpin-pemimpin PAS yang liberal, progresif merupakan kunci dalam mencapai persefahaman ke arah kompromi yang baik,” katanya lagi.

Sumber :- www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/karpal-pendirian-dap-kekal-tidak-kepada-negara-islam/


4. Pada bulan yang mulia dimana kita, orang Islam, dituntut bermuhasabah dan menyucikan diri, menjauhkan diri dari fitnah , mengelakkaan pembohongan, mengakrabkan silaturahim dan merapatkan saf adalah wajar kita tidak lagi dibuai mimpi indah, didodoi alunan dusta dan di ulit madah palsu oleh orang-orang yang mengelarkan diri mereka ulamak tetapi hanya serigala jalanan mendambakan kuasa......Wallahualam

Sang Kerbau : Ambo nak kecek sikit, ambo baco Setar semale, ambo ingat lebai malang tu bokbong sokmo!!! mooooooooooooooooooooooooooooooo.....nhik!nhiknhik! nyakno..........

For easy reference:http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=522969

Up Next : more Reflection on Truth continues.........

No comments: