Saya di selar semalam kerana kononya mengaibkan Nik Aziz, kononya saya menutup mata kepada kesalahan UMNO, kononya saya anti-PAS dan lebih teruk lagi, anti-Islam.
Saudara Sekalian,
Saya menghargai maklumbalas anda tetapi tidak payahlah kita melatah kalau hakikat nukilan saya adalah benar. Saya bukan pro-UMNO, anti-PAS/PKR.
Saya pro Melayu/Islam , anti munafik. Saya pro-kebenaran, anti-kebatilan. Saya pro-fakta, anti-fitnah. Saya pro-bukti, anti-buta tuli. Nukilan saya konsisten. Ajakan saya kepada perpaduan Ummah konsisten. Perjuangan saya membela nasib Melayu-Islam konsisten.
Ada yang kata UMNO membenarkan kaffir seperti Kamalanathan (MP Hulu Selangor), kenapa saya tak bidas. Saya jawab mudah: Kalau UMNO benarkan Kamalanathan berbuat demikian, maka UMNO SALAH kerana disana jelas Kaffir itu najis dan tidak boleh menginjak ruang solat masjid. Tapi orang yang kutuk saya kena insaf 2 perkara:
1. berita tersebut di sebar meluas oleh seorang munafik bernama Khalid. Khalid pendusta tegar. Dalam kes tokong Hindu Shah Alam, dia berdusta, cuba menegakkan benang basah walhal ada bukti dalam Internet dia banyak berdalih.
Dalam muktamar khas PAS, Jun lepas, dia berdusta lagi, kononnya, PAS untung kerana bersuhabat dengan kaffir. Statistik pilihanraya menunjukkan yang untung kapiak DAP dan munafikin PKR. Lihat sendiri data undian dan peratusan di Wikipedia ( search: Malaysian General Elections 2008 dan untuk bandingan: Malaysian General Elections ; 2004) dan buat perhitungan sendiri, siapa yang untung. Jadi elok periksa berita seorang munafik sekalipun ia tampak benar. Itu akidah Islamiah yang dituntut Allh azza wa jalla.
2.Ini bukan permainan, ini soal hukum. Boleh kapiak menginjak ruang solat masjid?Itu persoalan pokok. Yang lain ranting, tidak penting. Ingat sekalipun, UMNO bersalah membenarkan Kamalanathan tetapi tidak ada Ulama UMNO menghalalkannya.
Tetapi, ulama PAS yang bergelar Mursyidul Am merobah hukum, dia membenarkan walhal disana begitu banyak dalil dari hadis dan kitabullah yang melarang dan sepakat ulama, Kaffir itu najis. Apa kejadahnya ulama PAS sanggup merubah hukum demi sorang wanita kapiak berpakaian sendat yang mungkin dalam keadaan haidh atau nifas sengaja masuk ruang solat meneruskan tradisi senior2nya dahulu?
Itu persoalannya pokok bukan PAS buatke; UMNO buatke dll perkara remeh. Soalnya hukum dirobah dan kalau ada yang robah kerana kepentingan duniawi tak kira Nik Aziz ke, Majlis Fatwa Kebangsaanke ataupun Ibnu Taimiyah sekalipun, laknat Allah atas mereka. Wallah'ualam
Persoalan 2
Bagaimana pula dengan Zakaria Ahmad mendoakan Lim Guan Eng. Soalnya bukan mendoakkan itu tetapi mendoakkannya dalam khutbah Jumaat tatkala umat Islam bersatu jemaah membuang perbezaan untuk tunduk taqarrub pada Rabul al'amin, ada orang tergamak mendoakan kapiak walhal yang lebih aula didoa adalah pemimpin yang menjadi simbol penyatuan Islam iaitu :YDPA.
Itu persoalannya, mengapa doakan kapiak yang kristian walhal yang Islam yang menyatukan dipandang enteng. Bukankah YDPA bebas politik dan dilihat simbolik sebagai penyatu ummah (walaupun penyatuan sebenar belum dikecapi kerana ego syaitaniah). Itu soalnya kerana Masjid bukan empunya sesiapa samada PAS, UMNO, PKR, hatta yang tidak berpolitik pun. Masjid rumah Allah, tempat yang Islam berkumpul dan Jumaat, hari mulia Islam, hari dimana perpaduan dikecapi buat seketika. Kalau nak doa kapiak, boleh buatlah sampai tunggang langgang dibilik tetapi tak usah dimasjid semasa orang Islam "bersatu hati" seketika. Susah sangat nak faham benda mudah?
No comments:
Post a Comment