Ini pula mengenai Lim Guan Eng memberi derma wang haram judi kepada yang Islam. Soalnya: Bolehkah orang Islam menerima wang haram judi untuk kegunaannya? Itu persoalan pokok yang lain ranting yang mudah dicanting.
Tak payah saya bukak kitab buat kuliah, kalau tak tahu yang ini sah benggali penggali, sah kena pakai sarban gi Gurdwara, sah kenakan nanda atau pottu masuk tokong sujud depan patong, sah kena angkat colok dan jolok depan Si Tua Pekong, sah minum wain dan makan roti depan hippie.
Kalau nak syok berpolitik pegi main jauh. Soalan pokok tidak berubah samada UMNO dulu ada buatke atau tak de buat. Itu soalan budak-budak syok sendiri. Kalau saya kata kalau UMNO terjun lubang taik,nak terjun samake nak ikut jugakke, camne sekarang?
Dulu masa rebut PP sibuk canang sampai tunggang langgang macam mabuk botol, "PR is for Change". Change itu maksud berubah, buang stail lama, buat stail baru. Soalnya kalau "change" kerana nak ikut macam resam "no change" macam mana UMNO/BN buat (itupun kalau dia buat perkara haram macam itu). kalau change, maksudnya iltizam baru nak buat yang lebih elok. Kalau UMNO/BN dulu buat salah, kena buat baiklah, itu baru ada prinsip.
Bukankah Musryidul Am pernah "sabda" mahfumnya: LGE ibarat Umar Abdul Aziz. Sampai tergamak mencalar ketokohan seorang mujahid Islam demi seorang kapiak Kristian. Sekarang Allah tunjuk kehebatan 'Umar Abdul Aziz" ciplak. Nyata sungguh diciplak di Lorong Kulit, Datuk Keramat.
Benda basic tak tahu atau buat2 tak tahu, bila dah kena batang hidung sendiri salahkan orang lain. Mula2 dok berbuih mulut nafi kemudian seluar terlondeh macam mabuk todi, baru itu jam hentam keromo. UMNO buatlah, BN bautlah blahblahblah..macam ni boleh belah ajelah macam budak hingus tak sekolah
Benda haram dah dibuat mengaku ajelah dan taubatlah. Kalau yang Muslim turut bersuhabat, turut terpalit macam lembu kena sembelit letak jawatan dari jadi Exco Lembu Cucuk Hidung, tak payah berbelit.
Dulu rahsia pelan Maulidur Rasul terburai dengan surat, kemudian cerita Tanah Wakaf, lepas itu orang doa khutbah, lahni duit judi haram, lepas ni apa pula.
Nak mempermainkan orang Melayu/Islam pun mesti ada stail barulah, Apik Lim. Itu baru Change namanya
No comments:
Post a Comment